Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE lebih $100,000 bagi kereta besar, kategori terbuka

COE
Jun 09, 2022 | 05:30 AM



HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi bagi semua kategori, dengan dua kategori mencapai lebih $100,000.



Harga COE bagi kereta kecil hingga 1,600cc dan 130bhp, atau kenderaan elektrik (EV) dengan kuasa hingga 110 kilowatt (kw) meningkat 8.5 peratus daripada $68,001 kepada $73,801.



Harga bagi kereta lebih 1,600cc atau 130bhp, serta EV dengan lebih 110kw, meningkat 5 peratus daripada $95,889 kepada $100,684.



Harga kategori COE terbuka, yang biasanya digunakan bagi kereta lebih besar, naik 5 peratus daripada $95,901 kepada $100,697.



Ini adalah paras tertinggi bagi dua kategori itu sejak 1994, apabila harga COE bagi kenderaan tersebut, semasa terdapat empat kategori COE ketika itu, berharga $110,500 pada Disember tahun tersebut.



COE bagi kenderaan komersial, merangkumi kenderaan barangan dan bas, meningkat 2.9 peratus daripada $51,501 kepada $53,002.



Harga COE motosikal pula ditutup pada $10,000 - 5.3 peratus lebih tinggi berbanding $9,490 semasa bidaan sebelum ini.



Harga kategori COE terbuka, yang biasanya digunakan bagi kereta lebih besar, naik 5 peratus daripada $95,901 kepada $100,697.



Ini adalah bidaan pertama sejak tender terakhir tiga minggu lalu, iaitu tambahan seminggu dari tempoh biasa antara bida.



Tempoh lebih lama itu bermakna penjual kereta berpeluang mendapatkan lebih banyak pesanan, sekali gus mengenakan tekanan kepada harga COE.



Sebanyak 2,956 bidaan diterima, dengan kuota COE sebanyak 2,056 tersedia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >