Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE lebih rendah bagi semua kategori

Jan 06, 2023 | 05:30 AM



HARGA bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) lebih rendah bagi semua lima kategori pada tender pertama 2023 yang ditutup petang semalam.



Harga COE untuk kereta dengan enjin sehingga 1,600cc dan 130bhp, serta kenderaan elektrik (EV) dengan kuasa sehingga 110 kilowatt, berakhir pada $80,000, iaitu 9.1 peratus di bawah $88,007 yang dicatatkan dua minggu lalu pada Disember.



Bagi kereta yang lebih besar dan EV yang lebih berkuasa pula, premium COE jatuh daripada $108,006 kepada $102,002 - turun sebanyak 5.6 peratus.



Antara lain, harga COE kenderaan komersial berkurang sebanyak 1.2 peratus daripada $78,200 kepada $77,301.



Harga premium COE motosikal juga berakhir lebih rendah sebanyak 6.8 peratus daripada $11,690 kepada $10,890.



Harga COE kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk mendaftar sebarang jenis kenderaan selain motosikal, berakhir pada $107,889, iaitu 1.6 peratus lebih murah daripada $109,600 dalam urusan tender sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >