Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE naik semula dalam bidaan terkini

Jan 18, 2023 | 06:07 PM



HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) kembali naik dalam tender terkini yang ditutup pada Rabu (18 Jan).


Ini sejajar dengan jangkaan pasaran lebih banyak kenderaan dijual, dengan acara Singapore Motorshow hujung minggu lalu mendorong permintaan bagi kereta.


Premium COE bagi kereta hingga 1,600cc dan 130bhp serta kenderaan elektrik (EV) dengan kuasa hingga 110 kilowatt mencapai $86,000, lebih tinggi berbanding $80,000 dalam bidaan sebelum ini.



Bagi kereta lebih besar – lebih 1,600cc atau 130 bhp – dan EV yang berkuasa lebih tinggi, premium COE naik daripada $102,002 kepada $105,459.



Namun, premium COE bagi kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk mendaftar sebarang jenis kenderaan kecuali motosikal namun biasanya digunakan bagi kereta lebih besar, menurun sedikit hingga mencapai $107,000, berbanding $107,889 sebelum ini.



Menurut pemerhati industri, ini adalah tanda keyakinan lebih rendah bagi tender akan datang, dengan permintaan dijangka merosot lagi.



Dalam pada itu, premium COE bagi kenderaan komersial – yang digunakan bagi van, trak dan lori – juga turun sedikit daripada $77,301 kepada $77,109.



Sementara itu, premium COE bagi motosikal pula naik daripada $10,890 kepada $11,101.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >