Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula diramal naik pada kadar lebih perlahan 2023: Pengamat

Dec 27, 2022 | 04:30 PM



HARGA flat jualan semula flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) diramal meningkat tetapi pada kadar lebih perlahan berbanding tahun ini, kata pengamat hartanah.


Antara sebabnya ialah peningkatan dalam bekalan flat projek bina ikut tempahan (BTO) baru dan langkah penyejukan hartanah.


“Pertumbuhan masih akan didorong ketidakseimbangan bekalan dan permintaan di mana tempoh flat BTO yang mengambil masa lebih lama untuk siap daripada biasa akan menyebabkan sesetengah pembeli rumah akan memperoleh flat jualan semula HDB,” ujar laporan Prospek Hartanah Kediaman 2023 yang dibentangkan ERA Realty. 


Memandangkan bekalan flat jualan semula kurang anjal, permintaan yang stabil akan memacu harga lebih tinggi tahun depan.


Namun, laporan itu menyatakan bahawa langkah penyejukan yang ketat seperti sekatan pinjaman lebih ketat dan tempoh menunggu 15 bulan bagi pemilik rumah privet yang ingin membeli flat jualan semula HDB boleh mengakibatkan transaksi HDB jutaan dolar dalam pasaran jualan semula berkurangan.


“Oleh itu, Indeks Harga Jualan Semula (RPI) HDB dijangka berkembang sehingga 10 peratus pada tahun depan,” tambah laporan itu.


Jangkaan sedemikian turut dilaporkan dalam Prospek Hartanah Kediaman 2023 yang dibentangkan PropNex yang menyatakan sektor hartanah perumahan Singapura dijangka stabil, disokong permintaan asas untuk rumah.

Ia meramalkan RPI HDB mungkin menyaksikan peningkatan antara 6 dengan 8 peratus. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >