Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula HDB mendatar bagi suku pertama: HDB

HDB
Apr 01, 2020 | 09:45 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) melaporkan anggaran awal bagi harga flat jualan semula untuk tiga bulan pertama tahun ini mendatar, kekal tidak berubah.


Indeks Harga Jualan Semula (RPI) adalah 131.5, serupa paras RPI bagi suku terakhir 2019, menurut anggaran awal yang dilaporkan HDB hari ini.


Harga kekal mendatar selepas menyaksikan kenaikan untuk dua suku berturut-turut pada 2019. Perangkaan lebih terperinci akan dilaporkan pada 24 April ini.


Dalam kenyataannya, HDB turut mengumumkan pelancaran jualan flat untuk bulan-bulan mendatang.


Ia akan menawarkan 3,700 flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) di Choa Chu Kang, Pasir Ris, Tampines dan Tengah.


Pada Ogos ini, HDB bakal menawarkan kira-kira 4,100 flat BTO di Ang Mo Kio, Bishan, Geylang, Tampines dan Woodlands.


Dari kesemua ini, flat-flat di Choa Chu Kang (Mei 2020) dan Tampines (Ogos 2020) akan menikmati masa menunggu lebih pendek.


Sementara itu, terdapat juga flat yang kini tersedia bagi tempahan terbuka. Pembeli flat yang layak boleh memohon di HDB InfoWEB mengikut dasar siapa-dahulu-didahulukan, dan menempah sebuah unit seawal esok, jika boleh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >