Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula HDB naik 0.9% pada Jan-Mac; kenaikan paling kecil dalam 10 suku tahun terakhir

Apr 03, 2023 | 10:48 AM



Harga flat jualan semula HDB meningkat pada kadar lebih perlahan 0.9 peratus dalam suku tahun pertama 2023, berbanding peningkatan 2.3 peratus dalam suku  tahun sebelumnya, dengan beberapa juruanalisis berkata ini adalah petanda ada tentang harga dalam pasaran.



Peningkatan 0.9 peratus ini juga adalah kenaikan paling kecil bagi tempoh suku tahun, berbanding 10 suku tahun terakhir - atau sekitar 2.5 tahun.



Ini menurut anggaran awal dari HDB yang diterbitkan pada 3 April.



Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, isu kemampuan membeli rumah kian menjadi tumpuan, selaras dengan harga flat jualan semula HDB yang telah bertambah 31.9 peratus dalam tempoh 12 suku tahun yang lalu.



Peningkatan harga perumahan awam ini lebih besar daripada peningkatan 31.9 peratus dalam tempoh tiga tahun yang sama bagi pasaran perumahan privet.



Dalam pada itu, jumlah flat jualan semula HDB dalam suku pertama 2023 dianggarkan sekitar 6,880 unit, sekitar 1 peratus lebih tinggi daripada 6,810 unit pada suku tahun pertama 2022, menurut data awal.



Pada Ogos, antara 5,200 dengan 6,200 flat di bandar-bandar seperti Bukit Merah, Choa Chu Kang, Kallang/Whampoa, Queenstown dan Tengah akan ditawarkan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >