Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula HDB naik 10.3% tahun lalu

Jan 04, 2023 | 05:30 AM



HARGA flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) meningkat 10.3 peratus sepanjang tahun lalu.



Ramalan awal daripada HDB yang dikeluarkan semalam menunjukkan harga itu tumbuh lebih perlahan daripada kenaikan rekod sebanyak 12.7 peratus pada 2021, tetapi masih melebihi kenaikan 5 peratus yang dicatatkan pada 2020.



Harga flat jualan semula meningkat pada kadar lebih perlahan iaitu sebanyak 2.1 peratus pada suku keempat 2022, berikutan kenaikan 2.6 peratus yang dilihat pada suku ketiga tahun lalu.



Ini menjadi petanda bahawa harga jualan semula flat HDB berkemungkinan meningkat lebih sederhana berikutan sekatan hartanah yang dilaksanakan September lalu bagi menyejukkan pasaran perumahan awam.



Bagi rumah privet pula, harganya meningkat 8.4 peratus sepanjang tahun lalu, susut dari 10.6 peratus pada 2021 disebabkan kemerosotan jumlah penjualan, menurut anggaran awal Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



Pada suku keempat tahun lalu, harga rumah privet naik lebih perlahan sebanyak 0.2 peratus, dari kenaikan 3.8 peratus pada suku ketiga disebabkan penjualan lebih rendah akibat kelembapan ekonomi, langkah meredakan pasaran hartanah dan kurangnya pelancaran projek baru yang besar.



Dalam pada itu, harga flat jualan semula HDB telah meningkat selama 11 suku berturut-turut pada suku keempat tahun lalu.



Para penganalisis hartanah berkata pertumbuhan harga sederhana pada suku keempat 2022 berkemungkinan disebabkan oleh langkah penyejukan yang telah menyebabkan sesetengah pembeli membatalkan rancangan pembelian mereka atau menyebabkan mereka untuk memikirkan semula pembelian mereka.



Ini juga seiring dengan persekitaran kadar faedah yang meningkat.



Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Analitik, OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata terdapat lebih sedikit flat HDB besar telah dijual pada suku terakhir tahun lalu.



Flat HDB besar biasanya mendapat harga lebih tinggi dan menaikkan harga jualan semula flat HDB.



Jumlah flat lima bilik, eksekutif dan pelbagai generasi yang bertukar tangan turun daripada 2,392 unit, atau sekitar 33 peratus, pada suku ketiga tahun lalu kepada 1,876 unit, atau sekitar 30 peratus, pada suku keempat.



Ini mungkin disebabkan oleh tempoh menunggu yang dikenakan pemilik rumah privet yang ingin membeli flat dijual semula HDB untuk menunggu 15 bulan selepas menjual rumah mereka.



Tempoh itu adalah sebahagian daripada langkah penyejukan yang bermula pada 30 September lalu.



Kumpulan pembeli itu biasanya mempunyai bajet yang lebih besar dan lebih suka flat jualan semula HDB yang lebih besar.



Langkah-langkah lain termasuk mengehadkan jumlah yang boleh dipinjam oleh para pembeli untuk pinjaman rumah mereka dan Nisbah Bayaran Pinjaman Hutang (TDSR) dan nisbah khidmat pinjaman perumahan (MSR).



Ketua penyelidikan dan konsultan ERA Realty, Encik Nicholas Mak menganggarkan bahawa pada tahun ini, harga flat jualan semula masih dijangka meningkat tetapi pada kadar yang lebih perlahan disebabkan bekalan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru yang sihat dan berpotensi menyederhanakan permintaan untuk flat HDB jualan semula.



"Namun demikian, permintaan untuk flat jualan semula HDB berkemungkinan kekal kukuh kerana sesetengah pembeli masih memilih flat itu kerana keperluan mendesak untuk perumahan," kata beliau.



Beliau menambah bahawa sesetengah pemohon flat BTO juga berpotensi bertukar kepada flat jualan semula sebelum mereka membayar wang pendahuluan kerana masa menunggu yang lebih singkat untuk flat jualan semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >