Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula HDB pada Feb kekal stabil

Penganalisis beri amaran keadaan belum boleh dilihat sebagai tanda pasaran sedang reda
Mar 10, 2023 | 05:30 AM



HARGA flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Februari kekal stabil buat kali pertama menyusuli peningkatan selama 31 bulan, tetapi penganalisis hartanah memberi amaran bahawa ini belum boleh dilihat sebagai tanda bahawa pasaran sedang reda.



Data awal yang dikeluarkan portal hartanah 99.co dan SRX pada Khamis juga menunjukkan flat jualan semula HDB yang bertukar tangan pada Februari berkurangan, dengan jualan merosot sebanyak 28.2 peratus ke kira-kira 1,849 unit daripada 2,575 unit pada Januari.



Harga flat jualan semula di kedua-dua estet matang dan tidak matang jatuh sedikit sebanyak 0.1 peratus pada Februari, dengan harga flat empat bilik - jenis flat yang paling biasa diurus niaga - kekal rata berbanding dengan bulan sebelumnya.



Secara keseluruhan, harga naik 8.3 peratus dari tahun ke tahun.



Sekurang-kurangnya lima penganalisis hartanah berkata gerakan harga flat dan kemerosotan dalam urus niaga pada Februari kemungkinannya kesan daripada kegiatan jualan lebih lembap dan tinjauan rumah berkurangan pada Januari disebabkan perayaan Tahun Baru Cina.



Kebanyakan menjangkakan harga untuk kekal agak stabil dan jumlah penjualan untuk meningkat mulai Mac, lapor akhbar The Straits Times.



Naib presiden kanan penyelidikan dan analitik OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata harga yang tidak berubah dan kemerosotan dalam jumlah mungkin juga musiman, kerana jualan pada Februari - bulan paling pendek - telah jatuh seperti tahun 2019 hingga 2022.



Ketua penyelidikan dan kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying, berkata beberapa ejen hartanah di firmanya memerhati bahawa sementara permintaan keseluruhan kekal stabil, sesetengah bakal pembeli telah semakin berhati-hati dengan pembelian mereka di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran.



"Ketahanan pembeli terhadap harga kekal tinggi, yang mungkin telah meletakkan sedikit tekanan ke atas jumlah jualan semula HDB pada Februari," katanya.



Namun para ejen sedang menerima lebih banyak pertanyaan mengenai flat jualan semula HDB tiga bilik dan empat bilik, tambahnya, menyusuli rangsangan dalam Geran Perumahan CPF bagi flat jualan semula yang diumumkan sewaktu Belanjawan 2023.



Pembeli jenis flat empat bilik dan lebih kecil menerima paling banyak geran - naik ke $80,000 berbanding $50,000 sebelumnya.



Ketua penyelidikan dan perundingan ERA Realty, Encik Nicholas Mak, berkata kelembapan dalam kegiatan pasaran pada Februari akan "sambung semula sebentar lagi" sebaik sahaja peraturan lebih ketat ke atas tidak memilih unit Bina Mengikut Tempahan (BTO) mula berkuat kuasa pada Ogos.



Pembeli BTO yang tidak mahu mempertaruhkan status keutamaan kali pertama mereka atau mempunyai keistimewaan kali pertama mereka digantung mungkin memilih flat jualan semula HDB, lantas menyokong pasaran jualan semula, kata Encik Mak.



Mulai pelancaran BTO pada Ogos, pemohon kali pertama akan dipindahkan ke kategori kali kedua sebaik sahaja mereka menolak untuk menempah flat.



Kini, mereka akan dianggap pemohon kali kedua hanya jika mereka tidak menempah flat apabila diundang berbuat demikian sebanyak dua kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >