Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula Julai terus naik

2,363 flat bertukar tangan bulan lalu
Aug 05, 2022 | 05:30 AM



HARGA flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) terus meningkat buat 25 bulan berturut-turut bulan lalu, dengan harga meningkat sebanyak 0.7 peratus secara purata berbanding Jun.



Daripada 2,363 flat yang bertukar tangan bulan lalu, sebanyak 33 unit dijual pada harga sekurang-kurangnya $1 juta, termasuk sebuah unit jenis loft apartmen premier di SkyTerrace @ Dawson di Queenstown yang dijual pada harga $1,418,000.



Ini merupakan flat jualan semula termahal dalam sejarah.



Sebuah flat eksekutif juga dijual pada harga $1,005,000 di Bukit Batok bulan lalu, menjadikannya flat pertama yang bertukar tangan bagi sekurang-kurangnya $1 juta di estet bukan matang itu.



Dua lagi flat turut dijual bagi sekurang-kurangnya $1 juta di dua estet bukan matang lain - setiap satu di Hougang dan Woodlands.



Dalam kalangan estet matang pula, terdapat 10 flat yang dijual bagi sekurang-kurangnya $1 juta di Bishan bulan lalu, manakala lima flat dijual pada harga itu di Ang Mo Kio.



Sementara itu, empat flat dijual bagi sekurang-kurangnya $1 juta di Queenstown.



Jumlah flat jualan semula yang dijual bulan lalu juga naik 10.5 peratus berbanding 2,139 flat Jun lalu.



Perangkaan awal itu diterbitkan portal hartanah 99.co dan SRX menerusi satu laporan semalam.



Menurut laporan itu, harga flat jualan semula di estet matang naik 0.8 peratus secara purata manakala harga flat jualan semula di estet bukan matang naik sebanyak 0.6 peratus.



Kalau dibahagikan mengikut jenis flat, harga flat eksekutif tumbuh paling banyak bulan lalu berbanding Jun iaitu sekitar 1.2 peratus.



Sementara itu, harga flat tiga dan empat bilik naik sebanyak 0.6 peratus manakala flat lima bilik pula naik sebanyak 0.5 peratus.



Secara keseluruhan, harga flat naik seba-nyak 11.6 peratus berbanding Julai tahun lalu.



Dalam pada itu, jumlah flat yang bertukar tangan pula turun 11.3 peratus bulan lalu berbanding 2,663 flat jualan semula yang dijual pada Julai tahun lalu.



Meskipun jumlah flat yang bertukar tangan bulan lalu berada di tahap tertinggi dalam tempoh enam bulan, Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Analitik di OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata pemulihan jualan tidak kukuh sejak pemerintah melaksana langkah untuk menyejukkan pasaran hartanah Disember lalu.



Langkah itu termasuk menaikkan kadar Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) serta mengurangkan had pinjaman kepada nilai hartanah (LTV) bagi pinjaman perumahan HDB, yang menentukan jumlah yang boleh dipinjam pembeli untuk membeli hartanah mereka.



"Harga rumah yang meningkat mungkin telah memperlahan sentimen sedang harga flat jualan semula keseluruhan telah pun naik 6.1 peratus dalam enam bulan lalu," ujarnya.



Tambahnya, pelancaran flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di pelbagai kawasan baru-baru ini juga mungkin mengalihkan sesetengah permintaan daripada flat jualan semula.



Ketua Penyelidikan dan Kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying, menarik perhatian bahawa flat di estet bukan matang membentuk sekitar 56.7 peratus daripada flat jualan semula yang bertukar tangan bulan lalu, dengan flat di Sengkang, Punggol dan Yishun popular dalam kalangan pembeli.



"Dengan kadar faedah yang kian meningkat dan harga kukuh flat jualan semula di estet matang, kami menjangkakan ramai pembeli akan terus meneroka pilihan flat jualan semula di estet HDB bukan matang.



"Permintaan ini mungkin akan terus mendorong potensi pertumbuhan agak positif bagi harga flat jualan semula HDB di bandar bukan matang," ujar Cik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >