Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula Ogos terus naik, 33 dijual sekurang-kurang $1j

HDB
Sep 09, 2022 | 05:30 AM



HARGA flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) meningkat bulan ke-26 berturut-turut pada bulan lalu, dengan 33 flat dijual pada harga sekurang-kurangnya $1 juta.



Harga purata flat jualan semula HDB naik 10.8 peratus dari tahun ke tahun, meningkat 0.4 peratus buln lalu, kadar kenaikan lebih rendah daripada 0.7 peratus pada Julai, menurut data kilat daripada portal hartanah 99.co dan SRX semalam.



Daripada flat 33 jutaan dolar yang dijual bulan lalu, lapan adalah flat di Toa Payoh, tujuh di Bukit Merah dan enam di Queenstown.



Flat jualan semula paling mahal bulan lepas ialah unit lima bilik seluas 1,259 kaki persegi di The Peak @ Toa Payoh, yang dijual pada harga $1.35 juta.



Di estet belum matang, harga tertinggi ialah bagi sebuah flat eksekutif seluas 2,067 kaki persegi di Woodlands Avenue 1, yang dijual pada harga $1.02 juta.



Flat-flat berharga sekurang-kurangnya $1 juta itu membentuk 1.4 peratus daripada jumlah transaksi jualan semula bulan lalu. Pada Julai, bilangan sama flat jutaan dolar dijual.



Jumlah flat jualan semula bulan lalu lebih kurang dengan Julai. Ia berkurangan 1.7 peratus kepada anggaran 2,323 unit, berbanding pertambahan 10.5 peratus pada Julai. Berbanding Ogos tahun lalu, jumlah urus niaga bulan lalu berkurangan 15.5 peratus.



Penganalisis hartanah berkata ini disebabkan ketidakpadanan jangkaan harga antara pembeli dengan penjual, dan kurangnya pembeli semasa bulan ketujuh kalendar Lunar apabila 'Hungry Ghost' berlangsung.



Ketua penyelidikan dan kandungan PropNex Realty Cik Wong Siew Ying berkata:



"Beberapa bakal pembeli mungkin juga tertarik pada projek menarik yang ditawarkan di bawah program Bina Ikut Tempahan (BTO) HDB bulan lalu, yang menampilkan bandar matang yang popular seperti Ang Mo Kio, Tampines dan Bukit Merah."



Kenaikan harga dilihat merentasi semua jenis flat di kedua-dua estet, matang dan belum matang, dengan harga unit lima bilik meningkat paling banyak pada 0.8 peratus.



Ketua penyelidikan dan perundingan ERA Realty, Encik Nicholas Mak berkata kenaikan harga boleh dikaitkan dengan pemulihan ekonomi Singapura, peningkatan pendapatan isi rumah dan peningkatan HDB.



"Sentimen dalam pasaran jualan semula HDB masih positif, walaupun berdepan kenaikan kadar faedah," katanya, sambil menyatakan bahawa pembeli boleh mengambil pinjaman perumahan HDB pada kadar tetap 2.6 peratus setahun.



Namun, kadar yang meningkat ini me-nyebabkan pembeli memilih estet belum matang di mana harga lebih berpatutan, kata ketua eksekutif Huttons Asia Mark Yip. Beliau menambah bahawa ini mungkin menyumbang kepada kenaikan harga sebnyak 0.2 peratus di estet seperti itu bulan lalu.



Cik Wong menyatakan bahawa bahagian flat jualan semula yang diurusniagakan pada harga bawah $500,000 bulan lalu membentuk kira-kira 42.8 peratus daripada jumlah keseluruhan, meningkat daripada 39.6 peratus pada bulan sebelumnya.



Flat jualan semula yang bertukar tangan pada harga antara $500,000 dan rendah sedikit daripada $1 juta bulan lalu membentuk kira-kira 55.8 peratus daripada semua urus niaga, berkurangan daripada 59 peratus pada Julai, tambahnya.



Naib presiden kanan penyelidikan dan analitik OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun berkata beliau menjangka harga jualan semula HDB akan bertahan kerana permintaan bagi rumah sudah siap melebihi bekalan.



"Walaupun bekalan flat BTO telah dipertingkat, ia masih akan mengambil masa untuk flat ini disiapkan," katanya.



"Dengan kadar pekerjaan kukuh dan pendapatan meningkat, terdapat sedikit dorongan untuk penjual menurunkan harga sekarang.



"Kami mungkin menjangka lebih ramai penjual, terutamanya rumah flat baru di estet matang, menguji tanda jutaan dolar," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >