HARGA jualan semula flat HDB Lembaga naik perlahan sebanyak 0.2 peratus pada Februari (2016) daripada bulan sebelumnya, dengan harga flat empat bilik mencatat kenaikan terbesar sebanyak 0.8 peratus.
Harga jualan semula unit tiga bilik meningkat 0.2 peratus, manakala flat lima bilik dan eksekutif jatuh, masing-masing sebanyak 0.1 peratus dan 0.7 peratus.
Demikian menurut data daripada laporan hartanah kediaman terbaru SRX.
Bagaimanapun, dalam perbandingan tahun ke tahun, harga semua flat jualan semula jatuh 0.6 peratus berbanding Februari 2015.
Jumlah flat yang berpindah tangan bulan lalu juga berkurangan.
Menurut data jualan semula HDB yang disusun oleh SRX Property, 1200 flat jualan semula telah dijual, kurang 6.7 peratus daripada 1,286 unit yang diurus niaga pada Januari.
Dari segi tahun ke tahun, jumlah jualan semula pada Februari meningkat 4.5 peratus berbanding 1,148 unit yang dijual pada Februari 2015.