Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga minuman dalam tin mungkin naik bawah skim kitar semula baru

Deposit 10-20 sen dikenakan tapi pelanggan dapat balik wang apabila pulangkan tin, botol kosong
Sep 21, 2022 | 05:30 AM



AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata minuman dalam tin atau botol mungkin dilabelkan dengan tanda deposit dan pelanggan boleh menuntut bayaran balik deposit apabila mereka memulangkan bekas minuman kosong mereka ke tempat pemulangan.



Apabila memulangkan bekas minuman kosong itu, mereka boleh menebus deposit dalam bentuk tunai atau pemindahan digital.



Tempat memulangkan bekas minuman itu akan disediakan di semua pasar raya lebih besar daripada 200 meter persegi.



Tempat-tempat ini mungkin adalah dalam bentuk mesin layan diri di mana botol dan tin itu boleh dimasukkan untuk mendapatkan wang, atau kaunter yang dikendalikan secara manual.



NEA mengatakan apabila ia dilancarkan, akan terdapat lebih 400 tempat pemulangan.



Ini meningkat daripada 50 mesin layan diri yang beroperasi sekarang.



Lokasi lain termasuk kedai serbaneka dan pusat masyarakat.



Skim yang dicadangkan itu dibuat selepas pelibatan awam yang meluas dan bertujuan meningkatkan kadar kitar semula bekas minuman di Singapura kepada 80 peratus.



Menjelang pertengahan 2024, pelanggan yang membeli minuman dalam tin atau botol mungkin perlu mengeluarkan deposit 10 hingga 20 sen.



Namun, kos tambahan ini boleh ditebuskan semula sekiranya pelanggan itu memulangkan botol atau tin itu untuk dikitar semula di sebarang tempat pemulangan bekas minuman di seluruh pulau.



Ditemui media semalam di pasar raya Sheng Siong di Bukit Batok, Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, berkata penggunaan mesin layan diri bagi memulangkan tin minuman terpakai mendapat maklum balas baik.



"Ketika ia baru-baru dilancarkan, respons bagi skim ini amat memberangsangkan.



"Saya rasa terdapat pemahaman antara ramai orang tentang skim tersebut.



"Namun, terdapat jumlah mesin terhad yang telah dikerahkan di lokasi berbeza di sini," jelasnya.



Mengenai deposit 10 hingga 20 sen itu, ia merupakan idea terbaru NEA untuk mendorong orang ramai ke arah kitar semula, kerana hanya 6 peratus semua sisa plastik dikitar semula di Singapura tahun lepas.



Banyak negara telah melaksana skim sedemikian dan telah dapat meningkatkan kadar kitar semula bekas minuman mereka dengan ketara.



Sebagai contoh, di Jerman kadar kitar semula bekas minuman ialah 98 peratus.



NEA sedang mendapatkan maklum balas mengenai skim pemulangan bekas minuman, yang merupakan sebahagian daripada cadangan pemerintah untuk mengurangkan sisa pembungkusan yang dihasilkan di Singapura.



Skim pemulangan bekas minuman ini merupakan fasa pertama sistem Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan yang diperkenal kepada pengeluar dengan tanggungjawab lebih besar dalam memastikan produk mereka dikitar semula.



Skim sedemikian akan menggalak kebertanggungjawapan dan keberkesanan dalam industri, kata NEA.



Dr Khor turut berkata beliau mengharapkan jumlah tinggi kitar semula yang dikumpulkan daripada skim ini akan memberi insentif kepada penubuhan kemudahan kitar semula domestik.



Penjualan bahan kitar semula bermutu tinggi itu sendiri juga akan membantu pengeluar minuman membiayai sebahagian besar pelaksanaan skim itu, tambahnya.



Cik Kathlyn Tan, ahli kumpulan kerja yang mencadangkan inisiatif pemulangan bekas minuman kepada NEA, berkata usaha ini merupakan permulaan baik bagi Singapura.



"Harapan saya bagi skim ini ialah kadar kitar semula akan meningkat, kita menjadi lebih sedar tentang kesan kepada alam sekitar; dan kesan negatif terhadap golongan rentan akan dikurangkan,'' kata pengarah Rumah Group, iaitu pejabat keluarga untuk pelaburan mampan, itu.




PEMULANGAN BEKAS MINUMAN



- Skim baru ini merupakan inisiatif utama untuk menangani sisa pembungkusan, khususnya bekas minuman seperti botol plastic dan tin minuman.



- Deposit kecil 10 hingga 20 sen akan dikenakan untuk bekas minuman tertentu apabila pengguna membeli minuman yang telah dibungkus.



- Pengguna kemudian boleh menuntut bayaran balik deposit dengan



mengembalikan bekas minuman kosong mereka ke tempat pulang yang ditetapkan di seluruh pulau. Ini termasuk kedai serbaneka dan pusat masyarakat.



- Cara bayaran balik yang disarankan termasuk kaedah pembayaran elektronik seperti PayNow, tunai fizikal dan pindahan bank.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >