Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga minyak di stesen SPC dinaikkan, bukan lagi termurah di S'pura

Oct 14, 2021 | 09:01 PM



SETELAH mengekalkan harga minyak di stesen minyaknya tanpa sebarang perubahan sejak Julai, stesen minyak milik China, SPC, menaikkan kadar harganya sebanyak empat hingga lima sen bagi setiap liter pada Khamis (14 Oktober).



Petrol 92-octane kini berharga $2.51 bagi setiap liter lantas sama dengan harga petrol yang dijual stesen minyak Esso, mengikut penjejak harga pam minyak, Fuel Kaki, yang dibentuk  Persatuan Pengguna Singapura (Case).



Harga petrol 95-octane pula ialah $2.53, yang masih merupakan paras paling rendah, sementara petrol 98-octane pula adalah $3.02 - setara dengan Esso dan satu lagi operator pam minyak dari China, Sinopec. Harga petrol dua hari lalu empat sen lebih rendah daripada yang ditetapkan pada Khamis.



Harga diesel pula lima sen lebih banyak, pada kadar $2.08 bagi setiap liter, juga setara dengan harga Esso dan Sinopec.



Semua harga ini adalah sebelum sebarang potongan harga dikenakan. Harga yang biasanya dibayar pemandu kereta berbeza, kadangkala banyak bergantung pada faktor seperti kad kredit yang digunakan atau program pelanggan setia yang pemandu itu sertai.



Sebagai contoh, Sinopec menjual minyak 95-octane paling murah pada harga $2 bagi setiap liter jika bayaran dibuat dengan menggunakan kad OCBC, disusuli dengan $2.09 di Esso (menggunakan kad DBS Esso), $2.11 di Caltex (kad OCBC Voyage), $2.15 di SPC (penggunaan pelbagai kad) dan $2.24 di Shell (penggunaan pelbagai kad).



Justeru itu, bagi bayaran kad kredit, SPC adalah jenama kedua paling mahal bagi gred petrol paling terkenal.



Menurut perkiraan Fuel Kaki, Sinopec muncul dengan harga paling rendah lagi berbaloi bagi minyaknya secara umum tetapi keterbatasannya terletak pada pengendalian hanya tiga stesen minyak serata pulau - hanya sebahagian kecil daripada jumlah stesen pam minyak jenama lain.



Ia juga tidak menjual petrol 92-octane seperti Shell.



Kebanyakan kereta yang menggunakan petrol di sini berfungsi secara optimal dengan minyak 92-octane. Gred ini adalah yang paling murah di Esso pada kadar $2.06 bagi setiap liter (dengan penggunaan kad DBS Esso).



Bayaran dengan kad kredit biasanya menawarkan harga paling rendah merentasi semua jenama.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >