Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga petrol di semua pam minyak susut

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



HARGA semua pam minyak susut semenjak syarikat Esso menawarkan harga potongan tajam sebanyak 14 sen minggu lalu.



Menurut laman yang memantau harga minyak, Fuel Kaki, yang dibangunkan Persatuan Pengguna Singapura, empat jenama lain - Caltex, Shell, Sinopec dan SPC mengurangkan harga pada hujung minggu.



Semua syarikat mengikuti harga potongan Esso sebanyak 14 sen untuk petrol dan empat sen untuk diesel. Kecuali SPC, yang memotong harga sebanyak tujuh sen untuk minyak diesel dan minyak petrol 16 sen setiap liter.



Dengan perubahan ini, julat harga diesel sekarang kini $2.93 (SPC) kepada $2.98 (Caltex, Shell) dan harga julat minyak gred 92-oktana dari $2.94 (SPC) kepada $2.96 (Caltex, Esso) - kali pertama seluruh jenama minyak gred 92-oktana bawah $3 semenjak April.



Ini bermaksud minyak gred 92-oktana dari Caltex dan Esso bawah harga diesel.



Minyak gred 95-oktana yang popular itu berharga $3.01 di semua jenama kecuali SPC yang berharga $2.98.



Bagi minyak 98-oktana petrol yang dipanggil gred premium, kini antara $3.50 (Shell) dan $3.65 (Caltex).



Selepas diskaun, harga termurah dengan minyak 92-oktana pada $2.43 seliter daripada Caltex (kad OCBC 365) dan Esso (kad DBS Esso).



Untuk 95-oktana, Sinopec harga terendah $2.36 (kad OCBC). Bagi gred minyak 98-oktana, Sinopec menawarkan harga terendah $2.74 (kad OCBC) dan Esso $2.85 (kad DBS Esso)



Harga minyak lebih rendah itu adalah ekoran harga minyak mentah Brent yang berkurang kepada AS$100 ($140.24) setong buat pertama kali sejak April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >