Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga petrol susut

Jul 02, 2022 | 05:30 AM



HARGA pam minyak telah merosot buat kali pertama sejak April.



Menurut laman yang memantau harga minyak, Fuel Kaki, yang dibangunkan Persatuan Pengguna Singapura, syarikat Caltex, Esso dan Shell telah menurunkan harga minyak antara 2 hingga 4 sen setiap liter semalam.



Selain itu, harga minyak premium Shell juga telah diturunkan sebanyak 25 sen sebagai usaha meningkatkan jualan yang berkurangan.



Kedua-dua syarikat China - Sinopec dan SPC - masih belum menyesuaikan harga minyak, namun dijangka melakukannya tidak lama lagi.



Dengan perubahan ini, minyak 92-oktana berharga antara $3.30 (Esso) dan $3.34 (Caltex dan SPC).



Sementara itu, minyak 95-oktana, yang lebih popular berharga antara $3.35 (Esso) dan $3.39 (Caltex, Shell dan Sinopec).



Bagi minyak 98-oktana pula, yang digunakan sebahagian kereta khusus di Singapura, ia berharga antara $3.82 (Esso) dan $3.88 (Shell).



Varian premiumnya pula berharga $3.88 (Shell) hingga $4.05 (Caltex).



Antara lain, minyak diesel kini berharga antara $3.14 (Esso) dan $3.17 (Caltex dan Shell).



Penyesuaian harga terkini menjadikan Esso jenama minyak termurah dan Caltex paling mahal.



Harga minyak mula melonjak sejak ekonomi dibuka semula setelah 24 bulan terikat dengan sekatan peraturan Covid-19.



Pengeluar yang telah mengurangkan operasi semasa pandemik menghadapi kesukaran memenuhi lonjakan permintaan.



Serangan Russia terhadap Ukraine sejak Februari lalu telah memburukkan keadaan kerana kedua-duanya adalah pembekal minyak.



Tambahan pula, sekatan perdagangan terhadap Moscow menjadikan keadaan menjadi lebih buruk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >