Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga petrol terus susut

Dec 15, 2022 | 05:30 AM



HARGA petrol terus merosot dengan kali ini sebanyak enam sen bagi semua jenama - kecuali Caltex - sehingga ia hampir capai tahap terendah sejak Januari.



Walaupun harga diesel juga susut lapan sen seliter, ia kekal kukuh jika dibandingkan dengan kadar yang dilihat awal tahun ini.



Empat daripada lima pengendali minyak di sini telah mengurangkan harga pam mereka sejak minggu lalu, dengan pemotongan harga terkini pada 13 Disember merupakan yang terbesar.



Sehingga tengah hari semalam, Caltex kekal sebagai satu-satunya jenama yang tidak berganjak, lapor akhbar The Straits Times.



Pemotongan harga berlaku menyusuli harga borong dan minyak yang berkurangan.



Harga minyak mentah Brent turun ke paras AS$76.10 ($102) setong minggu lalu - yang terendah sejak pertengahan 2020 - sebelum ia pulih kepada AS$80.35 dalam dagangan awal semalam. Bahan mentah itu berharga lebih AS$120 setong pada Mac.



Menurut laporan CNBC minggu lalu, kemelesetan global yang lebih mendalam daripada dijangkakan, termasuk pemulihan China yang tertangguh akibat lonjakan kes Covid- 19 yang tidak disangka, boleh membawa kepada kejatuhan ketara dalam permintaan minyak.



RBOB Gasoline, proksi bagi petrol borong, mencecah AS$2.16 segelen dalam dagangan awal semalam, salah satu paras terendahnya sejak Jun.



Namun diesel kekal tinggi disebabkan stok simpanan yang lebih rendah dan musim sejuk di hemisfera utara.



Dengan pemotongan harga pam di Singapura, diesel kini berharga antara $2.61 (Sinopec) dengan $2.70 seliter (Caltex), sementara petrol 92-oktana berharga $2.63 di Esso dan SPC, dan $2.69 di Caltex.



Petrol popular 95-oktana berharga antara $2.67 di SPC dan $2.74 seliter di Caltex, sementara 98-oktana $3.15 di Esso, Sinopec dan SPC, dan $3.17 di Shell.



Gred premium, iaitu 98-oktana, berharga antara $3.28 (Sinopec) dengan $3.40 (Caltex).



Setelah diskaun, bahan api 92-oktana paling murah adalah $2.16 seliter di Esso (kad DBS Esso), sementara 95-oktana termurah ialah $2.10 seliter di Sinopec (kad OCBC).



Pengurangan dalam harga pam tidak terhad pada Singapura.



The New York Times melaporkan minggu lalu bahawa harga petrol di Amerika Syarikat berada di paras terendah dalam lebih setahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >