Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga petrol turun ke paras sebelum GST naik

Jan 25, 2023 | 05:30 PM



HARGA petrol dan diesel turun semula ke paras sebelum kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terkini pada 1 Januari lalu, walaupun harga minyak global meningkat.


Penanda aras minyak mentah Brent kali terakhir diperdagang pada AS$86.56 ($113.80) setong, harga tertinggiya sejak pertengahan November tahun lalu.


Harga minyak dijangka berada pada trend meningkat tahun ini disebabkan permintaan lebih tinggi dari China, yang telah menarik balik sekatan Covid-19.


Secara ironik, China juga mengeksport lebih banyak produk petroleum, yang boleh menurunkan harga borong petrol dan diesel di Singapura.


Menurut firma penyelidikan pasaran S&P Global, pemerintah China telah menaikkan kuota eksport bagi kumpulan pertama produk minyak bertapisnya bagi tahun ini sebanyak 46 peratus.


Menurut Fuel Kaki – penjejak harga pam petrol (harga di kedai minyak) yang ditubuhkan oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case) – Caltex, Shell dan SPC menurunkan harga pam sebelum hujung minggu Tahun Baru Cina, dengan potongan antara tiga sen dan lima sen seliter.


Pelarasan itu menjadikan harga jenama tersebut lebih sejajar dengan harga pradiskaun dua pengendali kedai minyak lain di Singapura, iaitu Esso dan Sinopec.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >