Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga tiket terbang ke destinasi Indonesia meningkat

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



PELANCONG yang ingin menempah tiket penerbangan dari Singapura ke beberapa destinasi di Indonesa dijangka perlu membayar harga lebih tinggi musim cuti Disember ini berbanding sebelum pandemik Covid-19.



Harga di beberapa platform pelancongan yang menjual tiket penerbangan sehala dan ulang-alik Singapura-Indonesia telah melonjak pada 2019.



Tambang dari Singapura ke Jakarta telah meningkat 50 peratus.



Semakan Berita Harian di laman Traveloka, Flightscanner, Skyscanner dan Expedia semalam menunjukkan tambangan termurah untuk ke Jakarta ialah dari 19 Disember hingga 31 Disember, iaitu $664.



Tambang pergi balik syarikat penerbangan Garuda Air dan Singapore Airlines masing-masing berharga sekurang-kurangnya $1,263 dan $1,924.



Mantan pegawai perwakilan Pejabat Pelancongan Indonesia di Singapura daripada Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia, Encik Sulaiman Shehdek, memberi tiga faktor kenaikan tambang ke Indonesia.



"Pertama adalah kerana kenaikan harga minyak, yang kita ketahui kerana perang di Ukraine.



"Pada masa sama, penerbangan tidak banyak seperti dahulu. Misalnya Singapura ke Jakarta. Singapore Airlines sebelum ini beroperasi sembilan kali sehari tetapi sekarang hanya tiga kali sehari.



"Garuda, yang pernah menawarkan lapan penerbangan sehari, kini hanya menawarkan dua kali kali sehari.



"Sebelum pandemik, Singapura menghubungkan 13 kota di Indonesia. Hari ini hanya enam kota sahaja.



"Penerbangan terus tidak lagi ke kota-kota kecil dari Singapura, hanya melalui Jakarta. Kerana itu kos penerbangan meningkat untuk ke Indonesia," kata Encik Sulaiman.



Permintaan masih melebihi penawaran, mengakibatkan harga tiket penerbangan meningkat daripada tambang sebelum pandemik.



Seorang warga Singapura yang kerap ke Jakarta dan Bandung, Encik Mohamad Zalimi Harun, berkata sebelum pandemik beliau sering membandingkan harga tiket pelbagai syarikat penerbangan.



"Dahulu harga penerbangan ke Bandung sekitar $200 manakala Jakarta sekitar $180 dengan AirAsia.



"Selepas pandemik, AirAsia tidak lagi tawarkan penerbangan ke Bandung dan tiket ke Jakarta sekitar $330.



"Syarikat penerbangan Garuda ke Jakarta dulu hanya $300 dan selepas pandemik $550.



"Dan harga ini terus meningkat antara $600 hinga $800," ujar Encik Mohamad Zalimi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >