Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hargai pengorbanan datuk, nenek selepas berjaya

Jan 05, 2022 | 05:30 AM



BELIAU akui berasa agak kesepian apabila perlu belajar hingga lewat malam selepas pulang ke rumah memandangkan kededua nenek dan datuknya yang berusia 70-an sudah tidur.



Namun, pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Encik Hakeem Samsuri, yang telah menetap bersama mereka sejak kecil, tetap bersyukur dan menghargai pengorbanan serta kasih sayang yang ditunjukkan mereka sepanjang tempoh beliau menjalani Program Diploma Baccaulaureate Antarabangsa (IBDP).



Ini terutama bagi neneknya yang masih bekerja sebagai seorang guru demi menyara kehidupan beliau dan abangnya, 20 tahun, yang kini menjalani kursus di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Meskipun setelah bertungkus-lumus belajar sehingga lewat malam, pelajar berusia 19 tahun itu enggan meletakkan harapan yang tinggi bagi keputusan peperiksaannya kerana tidak mahu berasa kecewa jika keputusan peperiksaan beliau tidak memuaskan.



Tetapi, kerisauan beliau pantas berubah menjadi berita yang amat menggembirakan semalam apabila beliau bukan sahaja lulus malah Encik Hakeem meraih keputusan hampir penuh, 44 daripada 45 mata, untuk peperiksaan tersebut.



Apabila ditanya tentang mata pelajaran yang amat beliau minati, dengan pantas beliau menjawab subjek Matematik dan Kimia.



"Selain subjek Matematik dan Kimia, saya turut minat dalam mata pelajaran Kemanusiaan-Politik Global dan secara keseluruhan ada enam subjek yang saya duduki untuk peperiksaan ini," tambah beliau.



Bagi mendapatkan sijil IBDP, Encik Hakeem secara keseluruhan harus mempelajari 15 subjek dan menduduki kesemua peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut, yang turut mengandungi dua kurikulum iaitu kurikulum ukhrawi dan IB.



Pada usia semuda 19 tahun, Encik Hakeem belajar untuk mengimbangi masa beliau di antara pembelajaran dan kehidupan seharian serta sumbangan masa beliau untuk Majlis Pelajar di sekolahnya, di mana beliau merupakan presiden bagi majlis tersebut.



Encik Hakeem turut berkata adakalanya beliau turut berasa tekanan kerana selalu bersendirian dan terpaksa mengawal emosi dan perasaannya itu dengan melanggani penstriman Netflix dan menonton drama bersiri atau filem. Ia membantunya untuk berehat.



"Kadang-kadang bila dah terlalu stress, saya terpaksa kongsi masalah atau meluahkan perasaan saya kepada rakan sedarjah atau guru-guru saya."



"Saya akan minta nasihat dari guru-guru saya, seperti Cikgu Hadi dan Cikgu Malek. Selain itu, saya juga akan melihat pada rakan-rakan saya dan berbual bersama kerana mereka adalah sumber motivasi saya," tambah beliau.



"Walaupun atok dan nenek tidak faham apa yang saya lalui, mereka sentiasa ada untuk berikan saya sokongan yang bukan sahaja datang dari segi duit, tetapi sokongan emosi, menyiapkan hidangan dan pakaian seharian saya," katanya.



Encik Hakeem turut berkongsi bahawa beliau bercita-cita untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar atau mengambil jurusan Undang-undang di Universiti Nasional Singapura (NUS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >