Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hasil animasi mudah pembelajaran kendali kebakaran

Apr 20, 2022 | 05:30 AM



APABILA pandemik memaksa pekerja bekerja secara hibrid, Pegawai Waran Dua (WO2) Nasiruddin Ghaffor yang baru sahaja diberi jawatan sebagai Spesialis Kursus Kanan di Akademi Pertahanan Awam (CDA) pada 2020, sibuk membuat animasi dengan gambar watak Lego sepanjang beberapa minggu dalam empat hingga lima jam sehari selepas kerja.



Watak Lego itu, yang diubah menampilkan pakaian alat perlindungan peribadi bahan berbahaya (HazMat) berdasarkan peranan dan pangkat dalam seksyen dibuat animasi seolah mengendalikan kebakaran mirip prosedur operasi standard Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Menurut pegawai berpengalaman 12 tahun itu, animasi berkenaan adalah untuk memudahkan pembelajaran tentang mengendalikan kebakaran semasa dalam kelas secara visual.



WO2 Nasiruddin, 34 tahun berkata video tersebut akan dapat membantu jurulatih memberi penerangan lebih jelas secara visual kepada pelatih pegawai sepenuh masa dan Perkhidmatan Negara (NS) yang menyertai kursus kepimpinan 22 minggu yang melatih mereka menjadi ahli bomba.



Bapa seorang anak itu menambah, apabila dikerah ke CDA, beliau mengenal pasti beberapa jurang dalam cara jurulatih mendidik pegawai.



"Ini termasuk jurulatih tidak memberi penerangan sepenuhnya kepada kedudukan, peranan dan tanggungjawab tertentu setiap anggota Rota dalam mengendali satu kecemasan atau kebakaran," katanya, seorang penerima Anugerah Jurulatih Terbaik (Merit) Home Team (HT) tahun lalu bagi kategori individu (jurulatih sepenuh masa) Anugerah Cemerlang Latihan HT.



Justeru beliau memutuskan untuk mencari cara inovatif untuk menyampaikan pengajaran semasa sesi dalam kelas.



"Dengan kemahiran saya dalam bidang IT (Teknologi Maklumat) saya menghasilkan kandungan visual bagi menerangkan kepada pelatih terhadap peranan mereka semasa mengendalikan kebakaran," kata WO2 Nasiruddin, seorang lulusan bidang IT dari Politeknik Nanyang.



Video latihan yang dihasilkannya itu menggunakan teknologi animasi, grafik dan juga pembacaan voiceover yang cepat dan mudah difahami.



Sebanyak dua kumpulan kursus komander seksyen - yang merangkumi lebih 40 peserta setiap kursus - telah menjalani latihan di bawah kepimpinannya yang memanfaatkan videonya itu. Satu lagi kumpulan sedang dijalankan di CDA.



Menurut WO2 Nasiruddin, beliau juga memanfaatkan teknologi analisis data bagi menilai keberkesanan kandungan pembelajaran itu.



"Saya harap ia akan terus dapat membantu para pelatih menjadi komander yang lebih berkesan serta bermotivasi dalam menjalankan tugas mereka kepada negara," ujarnya lagi. - HARITH MUSTAFFA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >