Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hasil COP26 penting sebab S’pura tidak terkecuali kesan iklim: Grace Fu

Nov 14, 2021 | 03:11 PM



Singapura tidak akan terkecuali daripada kesan perubahan iklim, maka itu negara ini perlu memberi perhatian kepada hasil sidang iklim COP26, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu. 



Bercakap kepada media Singapura semalam mengenai hasil rundingan iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Glasgow, Scotland, Cik Fu berkata:



“Perbincangan hari ini akan memerlukan kita untuk mengambil lebih banyak tindakan. 



“Terdapat beberapa kewajiban yang dipikul sebagai antara pihak dalam perjanjian ini, kita harus menjalankan peranan kita.”



Misalnya, sebagai sebahagian daripada perjanjian, negara-negara diminta untuk meneliti semula dan memperkukuhkan sasaran iklim 2030 agar ia selaras dengan matlamat suhu Perjanjian Paris, menjelang akhir tahun depan. 



Di bawah Perjanjian Paris, negara-negara harus mengambil langkah untuk membataskan penghangatan global di bawah 2 darjah selsius – khususnya pada 1.5 darjah selsius – melebihi tahap sebelum perindustrian.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >