Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB lancar 4,428 flat BTO termasuk dua bawah model PLH

Feb 28, 2023 | 08:18 PM



SEBANYAK 4,428 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dilancarkan untuk dijual pada Selasa (28 Feb), termasuk di estet perumahan di Tengah, Jurong West, Queenstown dan Kallang Whampoa, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).


Dua projek itu terletak di Ulu Pandan Glades di Dover Forest dan Farrer Park Fields di Kallang/Whampoa yang ditawarkan di bawah Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH).

Flat yang ditawarkan termasuk unit dua bilik fleksi hingga flat lima bilik.


“Dengan subsidi yang banyak, flat baru diletakkan pada harga yang lebih rendah berbanding harga yang dijual beli bagi flat jualan semula yang hampir sama,’’ kata HDB.


Misalnya, kesemua flat 4 bilik di estet tidak matang yang ditawarkan dalam penjualan pada Februari berharga di bawah $400,000, sebelum geran subsidi.


Selepas menyertakan Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG) sehingga $80,000, keluarga yang layak dan mendapatkan flat buat kali pertama, boleh membeli flat 4 bilik daripada $228,000, di estet tidak matang Jurong West.


Kedua-dua projek PLH – satu di estet matang Queenstown dan sebuah lagi di estet matang Kallang/Whampoa – mempunyai syarat jual beli yang lebih ketat, termasuk subsidi 6 peratus yang boleh dituntut semula selepas penjualan. 


Terdapat tiga projek lain dalam penjualan pertama tahun ini – satu lagi di Kallang/Whampoa yang tidak termasuk dalam model PLH, dan di estet bukan matang Jurong West dan Tengah. 


Lima projek itu mempunyai waktu menunggu median sekitar 4.4 tahun.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >