Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB lancar 4,501 flat BTO, termasuk di lokasi utama Rochor

Nov 18, 2021 | 05:30 AM



SEJUMLAH 4,501 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) telah dilancarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam.



Ini termasuk 960 unit di Rochor, projek pertama di bawah model perumahan awam lokasi utama (PLH), yang menghendaki pemilik membayar semula subsidi diberi HDB sebanyak 6 peratus apabila flat dijual semula.



Unit-unit ditawarkan adalah bagi sembilan projek perumahan di enam estet termasuk Choa Chu Kang, Hougang, Jurong West dan Tengah.



Selain itu, lagi 1,798 flat ditawarkan dalam Penjualan Baki Flat (SBF) yang kedua tahun ini dan terakhir.



Secara keseluruhan, 6,299 flat baru dilancarkan semalam.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata masa menunggu bagi projek itu adalah antara tiga dengan lima tahun, serupa dengan projek tahun lalu.



Masa menunggu median bagi projek rumah terkini pula sekitar 4.4 tahun.



"Pandemik terus memberikan cabaran ketara bagi pembinaan dan pembangunan, tetapi rakan-rakan HDB saya akan terus bekerjasama dengan kontraktor dan agensi lain untuk memastikan bekalan perumahan awam bagi menyokong aspirasi dan keperluan perumahan warga Singapura," ujar Encik Lee dalam satu catatan Facebook.



Projek PLH yang dinantikan ramai - River Peaks I dan II di Rochor - dijual pada harga bermula dari $409,000 tanpa geran bagi flat tiga bilik dan $582,000 bagi flat empat bilik, sekali gus menjadikan ia unit termahal dalam sebuah estet matang dalam pelancaran kali ini.



Sebanyak 960 flat tiga dan empat bilik ditawarkan di enam blok yang mempunyai 47 tingkat, di samping sekitar 40 flat sewa yang akan diterapkan di salah sebuah blok.



Projek itu mempunyai syarat membeli dan menjual lebih ketat seperti pemilik harus membayar 6 peratus daripada harga jualan semula atau taksiran, mana lebih tinggi, kepada HDB apabila menjual semula rumah mereka di pasaran terbuka buat kali pertama.



Pembayaran semula itu tidak dikenakan bagi penjualan semula yang kedua dan seterusnya.



Ini kerana HDB telah memberi subsidi tambahan di samping subsidi diberikan bagi flat BTO, bagi memastikan flat di kawasan utama itu dimampui.



Sementara itu, warga emas boleh memilih dari 68 unit flat fleksi dua bilik di estet tidak matang Choa Chu Kang.



Projek Heart of Yew Tee adalah pembangunan bersepadu dan menempatkan pusat penjaja pertama estet itu, sebuah poliklinik, kelab masyarakat, pusat dialisis, plaza masyarakat dan kedai.



Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor, menjangka kebanyakan projek itu akan menunjukkan prestasi agak baik, termasuk projek di estet tidak matang yang siap pada masa lebih singkat berbanding projek di estet matang.



"Kadar langganan lebih kurang sama dengan pelancaran pada Februari dan Mei lalu. Kami menjangka projek di estet tidak matang mencapai kadar langganan keseluruhan di antara 4 dengan 4.5 kali ganda.



"Sementara projek di estet matang dijangka mencapai kadar langganan di antara lima dengan enam kali ganda," jelasnya.



Naib presiden kanan kajian dan analitik OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, juga menjangka permintaan agak kukuh disebabkan beberapa faktor, seperti kekurangan bekalan flat dalam pasaran dan permintaan terus mengikis bekalan di banyak lokasi.



"Terdapat juga pilihan lebih luas kali ini, pasangan boleh pilih flat PLH atau projek di Kallang/Whampoa atau Hougang, yang tidak mempunyai kriteria ketat atau tempoh siap lebih lama seperti flat PLH," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >