Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB perkenal 'app' beri maklumat produk, khidmat pusat beli-belah di Punggol

Feb 01, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR empat kali seminggu, Cik Nur Hanani Surani akan ke pusat beli-belah Oasis Terraces untuk membeli-belah dan makan bersama keluarga di sana.



Sebagai penduduk Punggol, beliau sering memantau Facebook pusat beli-belah itu untuk mengetahui promosi dan kedai terkini yang terdapat di sana.



Namun dengan adanya aplikasi terbaru, ShopperLink, suri rumah ini boleh mengakses direktori penuh yang menyenaraikan kedai dan khidmat yang ditawarkan di pusat beli-belah itu, selain melihat produk dan khidmat yang ditawarkan peruncit serta mendapat tahu apakah antara acara dan program yang sedang berlangsung di sana.



Aplikasi itu merupakan antara inisiatif rintis yang diperkenalkan Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) ke atas Oasis Terraces, yang merupakan Pusat Kejiranan generasi baru pertama HDB.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan HDB semalam, ia berkata aplikasi tersebut bertujuan membantu peruncit di kawasan kejiranan beralih ke alam digital di tengah-tengah perubahan dalam sektor itu ekoran peningkatan dalam penggunaan e-dagang dan sikap pengguna yang kian berubah.



Selain melihat produk yang ditawarkan, aplikasi itu juga boleh membantu pengguna menebus mata yang boleh ditukar dengan kredit meletak kenderaan dan juga hadiah.



"Sebelum ini, kita perlu mengumpul resit dan menebus sendiri di tempat khidmat pelanggan tapi dengan aplikasi ini, prosesnya lebih mudah.



"Lagipun, saya dan keluarga boleh meninjau apakah antara promosi yang sedang ditawarkan pelbagai peruncit di sana dan melayari aplikasi itu secara alam maya sebelum turun ke sana secara fizikal.



"Sebelum ini, kami sekadar mengharapkan laman Facebook pusat beli-belah itu sahaja.



"Dengan adanya aplikasi ini, ia memudahkan saya yang sering mengunjung pusat beli-belah itu," kata suri rumah berusia 38 tahun ini.



Menurut HDB, aplikasi itu diperkenalkan menyusuli maklum balas yang diterima daripada peruncit di kawasan kejiranan pada 2019.



"Ini juga akan membantu peruncit di kawasan kejiranan untuk mengubah model perniagaan mereka agar seiring dengan landskap sektor runcit yang berubah-ubah selain menawarkan khidmat lebih peribadi kepada pelanggan," kata HDB.



HDB turut menambah satu lagi aplikasi RetailerLink akan melengkapi aplikasi ShopperLink.



Kedai-kedai HDB boleh memuat naik produk dan khidmat mereka dalam aplikasi tersebut dan menggunakan fungsi 'chat' yang antara lain boleh memberikan respons kepada pertanyaan pelanggan.



Fungsi baru akan ditambah, kata HDB, seperti yang membolehkan pemilik kedai membuat tempahan bagi ruang membuat acara dan mengakses laporan mengenai data penjualan.



Sejauh ini, sekitar 90 peratus daripada 104 kedai di Oasis Terrace, menggunakan aplikasi itu untuk mengetengahkan produk dan khidmat mereka, kata HDB lagi.



Seorang peruncit yang merupakan pemilik bersama kedai Sarah Marguerita di tingkat tiga, Cik Siti Qaisarah, 33 tahun, yang menjual tudung berjenama, menyambut baik aplikasi tersebut.



"Baru beberapa hari lepas, ada beberapa pelanggan yang memberitahu saya bahawa walaupun kita sudah berada di sini agak lama, mereka hanya mengetahui tentang kehadiran kami menerusi aplikasi tersebut.



"Insya-Allah aplikasi ini dapat bantu merancakkan lagi bisnes kami," ujarnya.



HDB berkata terdapat rancangan untuk meluaskan penggunaan aplikasi itu kepada pusat beli-belah HDB lain seperti Canberra Plaza di Sembawang dan Buangkok Square.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >