Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB rancang tawar 4,400 flat BTO bulan depan

Jan 27, 2023 | 07:15 PM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menawarkan sekitar 4,400 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di bandar atau estet perumahan seperti Jurong West, Kallang Whampoa, Queenstown dan Tengah bulan depan.


Sebanyak 3,800 hingga 4,800 flat di bandar atau estet perumahan seperti Bedok, Kallang Whampoa, Queenstown, Serangoon dan Tengah akan juga ditawarkan Mei ini, kata HDB dalam satu kenyataan pada Jumaat (27 Jan).


Menurut HDB, bilangan flat akan dimuktamadkan lebih dekat dengan tarikh pelancarannya.


Tawaran flat BTO pada Februari dan Mei adalah sebahagian daripada rancangan HDB untuk menawarkan sehingga 23,000 flat BTO tahun ini.


“HDB bersedia melancarkan sehingga 100,000 flat secara keseluruhan dari 2021 hingga 2025, jika perlu.


“HDB akan terus memantau permintaan perumahan dan membuat penyesuaian, jika perlu,” kata HDB lagi.


HDB berkata Indeks Harga Jualan Semula (RPI) telah meningkat bagi suku ke-11 berturut-turut bagi suku keempat tahun lalu kepada 171.9.


Namun harga jualan semula meningkat pada kadar lebih perlahan sebanyak 2.3 peratus pada suku terakhir 2022.


Ini berbanding 2.6 peratus pada suku ketiga tahun lalu.


HDB menambah bahawa ia merupakan pertumbuhan paling perlahan.


Menurut Ketua Penyelidikan dan Kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying, kelembapan ini mungkin disebabkan oleh gabungan faktor termasuk langkah-langkah penyejukan yang diperkenalkan pada September lalu serta aktiviti pasaran yang seringkali berkurangan pada akhir tahun.


“Kemampuan membeli flat HDB telah mendapat perhatian orang ramai sejak kebelakangan ini berikutan peningkatan harga jualan flat sejak dua tahun lalu.


“Oleh itu, pertumbuhan harga yang lebih perlahan pada suku keempat tahun lalu mungkin akan disambut baik oleh ramai isi rumah yang bimbang dengan peningkatan kos pemilikan rumah,” kata beliau.


Cik Wong juga menyatakan bahawa peningkatan dalam bilangan flat jualan semula HDB yang dijual sekurang-kurangnya $1 juta tahun lalu turut memainkan peranan dalam meningkatkan kebimbangan mengenai kemampuan perumahan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >