Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB rintis flat sewa 'lebih privasi' bagi golongan bujang pendapatan rendah

Mar 14, 2023 | 05:30 AM



SEBUAH flat sewa awam baru yang bertujuan memberi penyewa lebih banyak privasi selain teman dan sokongan akan dirintiskan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Flat dengan Kemudahan Berkongsi Bilik Bujang (SRSF), merupakan sebahagian daripada usaha HDB untuk memperbaiki pengalaman kehidupan bagi golongan bujang berpendapatan rendah di bawah Skim Sewa Awam.



Di bawah jenis flat sewa baru ini, setiap penyewa akan mempunyai bilik tidur mereka sendiri yang akan dilengkapi dengan perabot asas seperti rangka katil, almari, meja, rak-rak dinding dan sebuah peti sejuk kecil.



Penyewa juga akan mempunyai akses kepada kemudahan berkongsi seperti tandas dan dapur dengan dapur memasak di setiap tingkat, serta melakukan dobi dan bilik kegiatan.



Bilik sebegini akan dirintis di bekas asrama Maktab Rendah Anderson (AJC) di Ang Mo Kio Avenue 8 yang akan disediakan untuk kegunaan sementara.



Tapak itu akan mempunyai dua blok setinggi 11 tingkat, dengan sekitar 240 unit yang akan disesuaikan sepenuhnya untuk menghasilkan 480 bilik bujang.



Ia menyediakan reka bentuk dengan kerja konfigurasi semula yang minimum dan HDB akan mengekalkan atau menggunakan semula kebanyakan ciri di tapak sedia ada, bagi mengurangkan pembaziran dan masa renovasi.



Golongan bujang akan dapat memohon secara individu, di bawah skim baru itu dengan kriteria kelayakan sewa awam masa kini bagi mereka yang tunggal membuat permohonan.



Sebuah syarikat pengendali akan dilantik untuk menguruskan tapak itu, termasuk perihal mengurus sewa, menawarkan sokongan sosial bagi penyewa serta melengkapi perabot dan menyenggara kawasan tersebut.



Projek SRSF baru ini merupakan inisiatif terkini HDB bagi menyediakan lebih banyak pilihan bagi memenuhi keperluan perumahan golongan bujang berpendapatan rendah yang tanpa sokongan keluarga dan pilihan perumahan lain.



Sejak beberapa tahun lalu, HDB telah meluaskan pilihan bagi golongan bujang dalam perumahan awam yang disewa, seperti memperkenalkan flat yang dihadang bagi Skim Berkongsi Flat bagi Orang Bujang pada 2015 dan yang terkini merintis model Skim Berkongsi Flat bagi Orang Bujang Kendalian Pengendali (JSS-OR) pada akhir 2021.



HDB menyasar untuk melancarkan jenis model baru ini bagi permohonan di akhir 2023, sejurus tapak itu sedia digunakan. Lebih banyak butiran akan diumumkan tidak lama lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >