Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hidupkan semula resipi ayam percik ibu

Nov 26, 2020 | 05:30 AM



DEMI ingin melestarikan resipi tradisional ayam percik ibunya, anak muda ini menghidupkan semula perniagaan keluarga beliau setelah sekitar sedekad pintunya ditutup.



Awal tahun ini, tercetus idea Encik Muhammad Afiq Irwan, 26 tahun, untuk membuka semula perniagaan ayam percik itu, yang kini diberi nafas baru dengan nama Perghchicks.



"Saya fikir ayam percik asli yang kerap didapati di pasar malam adalah resipi yang hampir mati. Justeru, saya tanya ibu saya mengapa tidak kami cuba buka semula perniagaan ini," kata pemilik generasi kedua perniagaan keluarga itu.



Ibu bapa Encik Afiq mula berniaga ayam percik dan burger Ramly di pasar-pasar malam sejak 1999.



Namun, perniagaan yang sebelumnya tidak bernama itu dihentikan selepas lebih 10 tahun beroperasi kerana ibunya ingin fokus membesarkan Encik Afiq, yang ketika itu menduduki GCE peringkat 'O', dan adiknya.



"Sekurang-kurangnya resipi ini tidak pupus sebab sekarang seperti mana kita lihat banyak sangat makanan 'hipster' atau makanan halal dari Taiwan yang dijual di pasar malam. Tetapi, makanan tradisional semakin pupus," ujar Encik Afiq lagi.



Januari lalu, Perghchicks membuat kemunculan semulanya di acara makanan 'pop-up' atau muncul sementara di Dewan Konvensyen Suntec sebelum membuka gerai di pasar malam kejiranan.



Namun, disebabkan langkah keselamatan mengekang penularan Covid-19 pada Mac, pasar malam terpaksa ditutup.



Encik Afiq perlu memikirkan alternatif lain untuk meneruskan perniagaannya termasuk beroperasi di dapur berpusat di Tai Seng.



Operasi itu hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja sebelum Ogos lalu, Encik Afiq memutuskan membuka gerai tetap Perghchicks yang terletak di kedai kopi Tang Tea House di Jurong West.



Meskipun menjual makanan tradisional, Encik Afiq akur beliau harus memberikan wajah baru pada hidangan ayam percik untuk menarik perhatian anak muda.



"Saya menukar imej jenama ayam percik untuk nampakkan ia lebih menarik. Ayam percik yang biasanya dijual secara seekor atau kepak ayam, saya tawarkan ayam percik chicken chop dan sediakan ayam percik bersama nasi bunga telang," kata wakil pembangunan jualan sepenuh masa di sebuah syarikat perisian itu.



Encik Afiq akan "turun padang" ke kedai selepas waktu kerja atau pada hujung minggu sementara operasi harian Perghchicks dikendalikan ibu bapanya dan seorang rakan baik.



Usaha Encik Afiq selama ini berbaloi dengan Perghchicks kini mempunyai pelanggan setia, yang menurutnya, sanggup datang jauh dari kawasan Timur Singapura.



Dengan lebih ramai generasi muda lebih gemar ke restoran dan makan makanan Barat, Encik Afiq berharap golongan ini akan terus menyokong penjaja makanan yang menyajikan hidangan resipi tradisional.



"Makanan tradisional ini harus dilestarikan sebab apabila warga tua tiada lagi bersama kita, siapa yang akan teruskan warisan ini? Generasi masa kini harus terus sokong perniagaan ini," tambahnya, yang membantu keluarga menjual makanan di pasar malam sejak usia 11 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >