Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hingga 50 pekerjaan teknologi ditawar sektor awam: Josephine

Nov 26, 2022 | 05:30 AM



SEKURANG-KURANGNYA 50 pekerjaan kejuruteraan perisian, pengurusan produk dan reka bentuk ditawarkan dalam sektor awam untuk menampung keperluan segera tenaga kerja.



Kekosongan pekerjaan itu hasil inisiatif baru pemerintah, Tech for Public Good, untuk mengisi jawatan dalam sektor awam, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, dalam posnya di LinkedIn kelmarin.



Beliau menambah bahawa pekerja teknologi dalam sektor awam adalah individu di sebalik produk seperti sistem ParkingSG yang mengurangkan keperluan menggunakan kupon kertas yang sukar dicari; ScamShield, aplikasi yang melindungi pengguna daripada panggilan penipuan; dan sistem pendaftaran digital bagi vaksinasi Covid-19.



Cik Teo menulis: "Orang ramai sentiasa menjadi teras kejayaan Singapura, dan dalam bahagian pendigitalan, ia tidak terkecuali... Tetapi, masih ada ruang untuk melakukan lebih banyak lagi dan yang lebih baik."



Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah pemberhentian kerja di firma besar teknologi seperti Meta, Twitter dan Shopee.



Pemberhentian Meta dijangka menjejas 11,000 pekerja di peringkat antarabangsa, atau kira-kira 13 peratus daripada 87,000 tenaga kerja global firma induk Facebook itu.



Dipercayai sekurang-kurangnya 50 pekerja di sini terjejas.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, seorang jurucakap inisiatif Tech for Public Good berkata jawatan lain yang diperlukan meliputi pelbagai disiplin teknikal, termasuk kejuruteraan data, sains data dan keselamatan siber.



Usaha itu diketuai oleh Produk Pemerintah Terbuka (OGP) dan Negara Bijak dan Kumpulan Digital Pemerintah.



"Dalam OGP sahaja, kami secara aktif menawarkan lebih 50 jawatan dalam kejuruteraan perisian, pengurusan produk dan reka bentuk," tambah jurucakap itu.



Inisiatif 'Tech for Public Good' dilancarkan berikutan keperluan semakin meningkat bagi bakat teknologi untuk menangani keperluan dalam perkhidmatan awam, katanya, sambil menambah bahawa ini bukan respons kepada pemberhentian dalam industri.



Jurucakap itu berkata: "Ini bukan tentang menyerap pemberhentian, tetapi mendapatkan orang terbaik untuk mena-ngani masalah kritikal ini."



Beliau menambah: "Masih ada banyak cara kita boleh meningkatkan kehidupan rakyat kita melalui teknologi, baik penjagaan kesihatan, teknologi anti-penipuan mahupun mendapatkan infrastruktur digital penting Singapura."



Pemerintah akan mengadakan sesi penerangan dalam beberapa minggu akan datang mengenai jawatan baru yang ditawarkan.



Mereka yang berminat boleh mendaftar di go.gov.sg/buildforpublicgood




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >