Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Home Team perlu manfaat pembelajaran teknologi baru: Faishal

Dec 07, 2022 | 05:30 AM



DALAM dunia pasca pandemik, Home Team perlu berada di hadapan dalam memanfaatkan penggunaan teknologi baru dan mencapai matlamat latihan bagi pegawai mereka.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata ini lebih-lebih lagi pegawai yang kini bertugas dalam dunia yang semakin rumit.



Lantaran itu, pasukan Home Team perlu terus membina keupayaan jurulatihnya, supaya mereka boleh memanfaatkan teknologi untuk memacukan perkembangan dari segi latihan dan pembelajaran menerusi kemahiran dan kepakaran mereka tersendiri, kata Dr Faishal.



Beliau berkata demikian sewaktu majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Latihan Home Team (Trax) di Akademi Home Team (HTA) petang semalam.



Anugerah Trax merupakan satu pencapaian ketara bagi golongan jurulatih Home Team dan diberi kepada jurulatih serta unit latihan tercontoh setiap tahun atas kecemerlangan mereka mencipta dan menyampaikan program latihan dan pembelajaran terkini.



Seramai 17 pegawai dan 10 unit latihan merangkumi pelbagai agensi Home Team telah menerima anugerah tersebut. Ini juga kali pertama majlis itu diadakan secara fizikal sejak pandemik Covid-19.



Dr Faishal berkata beliau mengalu-alukan sumbangan jurulatih Home Team dan menggalak agar semua pegawai bekerjasama untuk mengembangkan landskap latihan dan pembelajaran pasukan tersebut.



"Daya usaha meningkat dan melatih semula kemahiran pegawai adalah penting dalam dunia semakin kompleks yang kami perlu beroperasi ini," katanya.



"Saya berharap pemenang anugerah Trax hari ini akan terus memberi inspirasi kepada kami untuk mencari cara baru dalam memperbaiki desain dan penyampaian latihan kepada pegawai kami.



"Setiap daripada anda, tidak kira jawatan atau tugas kerja anda, memainkan peranan penting dalam memastikan pegawai Home Team sentiasa dilengkapi dengan kemahiran tertentu untuk memastikan Singapura kekal selamat dan aman, sekarang dan juga pada masa depan," ujarnya.



Home Team Academy telah mempertingkat kaedah pembelajaran dan latihannya bagi jurulatihnya menerusi teknologi dan program profesional.



Salah satunya ialah Percubaan Pembangunan Konsep (POC) Realiti Maya (VR) bagi membina kemahiran jurulatih dalam mengurus dan memimpin bilik darjah pelatih.



Ia juga telah bekerjasama dengan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) untuk membentuk Program Pembangunan dan Penciptaan Kurikulum HTA-SUSS agar dapat menajamkan kemahiran jurulatih.



Bagi membina keupayaan profesional jurulatih Home Team, HTA telah bekerjasama dengan Institut Pendidikan bagi Orang Dewasa (IAL) untuk menawarkan dua Program Pembangunan Profesional Berkekalan tahun ini.



Home Team juga menawarkan sijil profesional dan bidang pendidikan orang dewasa menerusi kursus Sijil Spesialis dalam Pembelajaran dan Pendidikan Orang Dewasa (Up-Scale).



Ketua Eksekutif Home Team Academy, Encik Anwar Abdullah, berkata dengan pendekatan sebegini, pegawai Home Team bukan sahaja dilengkap kemahiran untuk menjamin keselamatan dan keamanan Singapura, namun juga mendapat inspirasi daripada jurulatih untuk terus membaiki dan memastikan kemahiran mereka kekal relevan buat masa depan.



"Sebagai sebuah Universiti Korporat bagi Home Team, Akademi Home Team komited untuk menawarkan peluang tingkat kemahiran bagi semua Pegawai Home Team.



"Satu bahagian penting dalam usaha ini adalah dengan membuat pelaburan kepada jurulatih Home Team kami, yang merupakan penyokong kuat terhadap pembelajaran sepanjang hayat.



"Dengan membina jurulatih taraf sedunia, kami membolehkan mereka menawarkan latihan bermutu tinggi kepada pegawai kami," tegas Encik Anwar lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >