Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hospital sambung pembedahan bukan kecemasan ditangguh akibat Covid-19

MOH
Mar 27, 2023 | 05:30 AM



PEMBEDAHAN elektif bukan kecemasan yang ditangguh semasa pandemik disambung semula sejak setahun lalu sedang situasi Covid-19 di sini bertambah baik, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Hospital mengurangkan prosedur elektif di tengah-tengah peningkatan pesakit dimasukkan ke hospital akibat subvarian BA.4 dan BA.5 Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Julai 2022.



Terdahulu hospital menangguhkan prosedur bukan kecemasan atau elektif pada Februari 2020 sebelum semuanya disambung secara perlahan selepas tempoh pemutus litar jangkitan April hingga Jun.



Hospital dan klinik pakar pesakit luar sekali lagi diminta MOH meluangkan kapasitinya pada Mei 2021 dengan menunda operasi bukan kecemasan serta janji temu, tetapi perubatan kecemasan terus diberi kepada mereka yang memerlukannya.



Hospital di Singapura melaporkan keku-rangan katil semasa pandemik itu, dengan pesakit mengalami tempoh tunggu lebih 20 jam di beberapa institusi.



MOH memberitahu The Straits Times kebanyakan hospital awam dan pusat pakar nasional melaporkan penangguhan prosedur bukan kecemasan sekitar 3 hingga lima peratus pada 2021 berdasarkan data sedia ada.



Ketiga-tiga kelompok penjagaan kesihatan Singapura - SingHealth, Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) dan Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) - berkata mereka kini menjalankan prosedur elektif yang ditangguh sebelum ini.



Mereka tidak menyatakan berapa banyak prosedur elektif bukan kecemasan ditangguh akibat Covid-19m atau berapa banyak telah dilakukan sejak itu.



Namun, pengerusi kumpulan lembaga perubatan NHG, Profesor Lim Tock Han, berkata kumpulan itu telah melakukan kebanyakan pembedahan elektif bukan kecemasannya dengan menambah kapasiti pembedahan hari dan katil wad tinggal tempoh pendek.



Pengerusi kumpulan lembaga perubatan SingHealth, Profesor Terrance Chua, berkata institusi SingHealth telah menjadualkan semula prosedur sedemikian secara berperingkat.



Sesetengah hospital yang mengembang perlahan-lahan prosedur mereka semasa pandemik terus memanfaatkannya untuk memastikan kapasiti wad serta sumber mereka tersedia bagi memenuhi sebarang permintaan yang bertambah, seperti satu lagi penularan atau pandemik.



NUHS berkata ia telah memperkenal inisiatif baru yang disokong teknologi dan inovasi perkhidmatan, seperti telekonsultasi dan program pemulihan NUHS@Home, yang menawarkan sesetengah pesakit pilihan menerima penjagaan dan perkhidmatan akut hospital di rumah daripada di hospital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >