Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HPB agih 9,000 pek makanan sihat bagi keluarga memerlukan

HPB
Apr 09, 2023 | 05:30 AM



SEKITAR 9,000 keluarga berpendapatan rendah akan meraih manfaat daripada kempen pengagihan pek makanan tahunan oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) agar keluarga sedemikian dapat mengamalkan tabiat pemakanan lebih sihat.



Ini termasuk mengurangkan gula dan garam dalam diet mereka serta memilih makanan lebih sihat.



HPB dalam kenyataan Sabtu menyatakan kerjasama tahun ini melibatkan 57 rakan masyarakat termasuk Persatuan Muhammadiyah, Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri, Pertapis, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), dan masjid - naik daripada 42 rakan tahun lalu.



Ini merupakan kali ketiga ia berlangsung.



Bagi menggalak pemakanan lebih sihat, HPB menerapkan makanan lebih sihat dengan Lambang Pilihan Lebih Sihat sebagai sebahagian daripada pek makanan.



Ia termasuk biskut bijirin, kacang panggang dan minuman rendah lemak tepu, gula serta garam.



Selain itu terkandung juga kad resipi bagi keluarga itu belajar bagaimana menyediakan sajian Melayu lebih sihat semasa musim perayaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >