Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HPB sedia program kesihatan bagi pekerja gig, kumpulan yang bekerja sendiri

Oct 01, 2022 | 05:30 AM



MENYEDIAKAN program-program kesihatan yang dipertingkatkan bagi pekerja gig dan juga yang bekerja sendiri.



Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) berharap program kesihatan ini dapat dimanfaatkan 20,000 pekerja ini menjelang 2024.



Sekitar 13,000 pekerja telah pun menyertai inisiatif kesihatan ini sejak ia dimulakan pada 2019.



Ini termasuk drebar teksi dan drebar kereta sewa privet, pekerja penghantaran, tutor privet dan pembimbing sukan dan kecergasan.



Program ini adalah sebahagian daripada usaha Jawatankuasa Pemerhatian Tiga Pihak (TOC) bagi Kesihatan di Tempat Kerja.



Ia demi memastikan pekerja menjaga kesejahteraan fizikal dan mental mereka dengan lebih baik.



Bilangan pekerja gig telah meningkat dan mencapai 201,800 pekerja sejak 2021.



Lebih daripada 70 peratus pekerja golongan ini berumur 40 tahun ke atas.



Justeru, kumpulan ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah kesihatan kronik.



Ramai pekerja sendiri berisiko hidap sakit kronik



Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB ) mahu meningkatkan inisiatif kesihatan bagi pekerja ekonomi gig dan mereka yang bekerja sendiri.



Ia menyasar untuk menjangkau 20,000 pekerja menjelang akhir 2024.



Inisiatif kesihatan yang bermula pada 2019 mempunyai 13,000 pekerja yang menyertai program tersebut setakat Ogos tahun ini.



Ini termasuk pemandu teksi dan kereta sewa privet, pekerja penghantaran, tutor privet, jurulatih sukan dan kecergasan.



Program itu adalah sebahagian daripada usaha Perikatan Tiga Pihak bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja.



Ia demi membolehkan pekerja menjaga kesejahteraan fizikal dan mental mereka dengan lebih baik.



Bilangan pekerja gig meningkat dengan sebanyak 201,800 pekerja sejak 2021.



Lebih daripada 70 peratus pekerja berumur 40 tahun ke atas. Justeru, kumpulan itu mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami penyakit kronik.



Cik Suriani Selamat, 49 tahun, pemandu sewa Grab, menyertai sesi pemeriksaan kesihatan pada Ogos.



"Melalui sesi penyaringan kesihatan, saya dapati tahap kolesterol saya semakin teruk.



"Tanpa akses yang mudah kepada program saringan, saya tidak akan tahu tentang keadaan kesihatan saya," kata Cik Suriani.



Selepas sesi pemeriksaan kesihatan, beliau diberi bimbingan kesihatan yang menasihatinya agar mengamalkan gaya hidup sihat.



"Sejak itu, saya kerap berjalanbersama keluarga saya di persekitaran Marina Bay Sands atau ke pasar raya terdekat," tambahnya.



Beliau turut menghadiri bengkel kesejahteraan mental selain kegiatan membuat terarium.



Melaluinya, beliau mempelajari teknik menenangkan diri dan mengatasi tekanan selain menguruskan emosi negatif semasa bekerja.



Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary; dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, turut mengunjungi pusat servis Grab, semalam.



"Ramai orang yang bekerja sendiri, seperti pekerja gig, mempunyai waktu kerja tidak teratur dan tidak mempunyai tapak kerja tetap atau berpusat, dan mempunyai sedikit atau tiada akses kepada program kesihatan berasaskan syarikat.



Malah, kami telah mengumpulkan kesatuan sekerja, pengendali platform dan syarikat untuk menyediakan pekerja ini akses kepada program kesihatan yang memenuhi keperluan mereka dan membantu mereka menjaga kesejahteraan mereka," ujar Dr Janil.



Kini HPB akan menjalankan kerjasama dengan rakan kongsi sedia ada dan yang baru.



Antaranya ialah kerjasama dengan syarikat penghantar makanan, foodpanda untuk membangunkan mikrosit yang masih dijalankan.



Ia akan dilengkapkan dengan sesi pemeriksaan kesihatan sedia ada seiring bimbingan telefon dan kegiatan fizikal susulan untuk penghantar makanan foodpanda.



Laman mikro itu akan membantu mereka mendapatkan maklumat kesihatan mengikut masa dan kemudahan mereka sendiri.



"Mereka yang bekerja sendiri menyumbang kepada ekonomi Singapura.



"Ramai daripada pekerja ini berisiko lebih tinggi menghidap keadaan penyakit kronik.



"Jika pekerja-pekerja ini menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik, mereka akan dapat bekerja sepanjang mereka mahu," kata Encik Zaqy.



Beliau turut menggesa lebih ramai rakan kongsi untuk turut serta menyokong kesejahteraan pekerja ini.




"Mereka yang bekerja sendiri menyumbang kepada ekonomi Singapura.

Ramai daripada pekerja ini berisiko lebih tinggi menghidap keadaan penyakit kronik.

Jika pekerja-pekerja ini menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik, mereka akan dapat bekerja sepanjang mereka mahu."

- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >