Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HPB utamakan kerjasama dengan pengeluar garam, sos

Ia sebahagian usaha kurangkan pengambilan garam warga S’pura yang kini terlalu tinggi
Nov 06, 2023 | 01:13 PM



Bekerjasama dengan pengeluar garam dan sos akan menjadi keutamaan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) untuk mengurangkan pengambilan natrium (sodium) warga Singapura yang kini “terlalu tinggi”, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Undang-undang merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.

Dalam menjawab soalan yang diajukan Anggota Parlimen, Dr Lim Wee Kiak, (GRC Sembawang), Cik Rahayu berkata Tinjauan Pemakanan Kebangsaan 2022 HPB mendapati pengambilan natrium warga Singapura adalah terlalu tinggi dan ini meningkatkan risiko hipertensi dengan ketara.

Ini boleh membawa kepada penyakit seperti serangan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.

“Kita perlu mengurangkan pengambilan natrium dengan segera,” tegas Cik Rahayu.

Beliau berkata masalah pengambilan natrium yang tinggi bukan unik kepada Singapura – negara-negara lain turut menghadapi masalah serupa.

Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengkaji apa yang telah mereka lakukan, katanya.

Chile telah melaksanakan peraturan pada 2016 yang memerlukan makanan dan minuman (F&B) tinggi gula, garam dan lemak tepu mempunyai label amaran.

Finland juga berjaya menggunakan undang-undang pelabelan makanan untuk mengurangkan penggunaan garam sejak tiga dekad lalu, tambah Cik Rahayu.

Sementara itu, Hungary mengenakan cukai ke atas barangan makanan yang mempunyai paras garam dan gula yang tidak sihat.

Namun, Singapura tidak berhasrat mencontohi mana-mana sistem ini.

“Kita patut menangani penggunaan natrium yang berlebihan dengan cara yang sesuai dengan konteks kita,” kata Cik Rahayu.

“Di kebanyakan negara Eropah dan Barat, sumber utama natrium mereka ialah makanan diproses yang dibeli oleh isi rumah dari kedai atau pasar raya. Di Singapura, natrium datang terutamanya daripada garam tambahan, sos dan perasa, seperti sos soya, sos pekat, sos ikan dan sos cili dan kami paling banyak memakannya apabila kami makan di luar,” jelas beliau.

“Oleh itu, keutamaan adalah untuk bekerjasama dengan pengeluar garam dan sos.”

Menjelaskan, Cik Rahayu berkata HPB sudah pun menawarkan geran sokongan kepada pengeluar garam dan sos untuk merumus semula produk mereka, melalui Skim Pembangunan Ramuan Lebih Sihat.

Hasilnya, alternatif rendah natrium kini lebih mudah diakses.

Hari ini, harga borong kebanyakan garam rendah natrium, sos dan perasa yang dibekalkan kepada pengendali makanan adalah setanding dengan versi biasa.

Sehingga kini, HPB telah memperoleh komitmen 15 pengeluar dan pengendali makanan utama, mewakili lebih 30 peratus pasaran runcit bagi sos dan perasa serta 10 peratus bahagian pasaran F&B, untuk meningkatkan kepelbagaian dan permintaan bahan rendah natrium.

Cik Rahayu menambah bahawa rakan kongsi lain yang perlu didekati, termasuk penjaja, restoran, katerer dan tukang masak untuk menggalakkan penggunaan bahan rendah natrium.

HPB juga akan meningkatkan kempen pendidikan awam.

“HPB akan terus mendidik warga Singapura tentang keperluan mengurangkan garam, meningkatkan penerimaan mereka kepada menggunakan bahan rendah natrium dan mengubah persepsi bahawa kita memerlukan lebih banyak garam dan sos untuk hidangan yang berperisa,” kata Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >