Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA beri amaran jangan beli, minum ‘Prime Kopi Pejuang 3 in 1’, dua orang sakit teruk

May 26, 2022 | 11:31 AM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah mengeluarkan amaran kepada pihak awam supaya tidak membeli atau minum kopi tiga dalam satu ‘Prime Kopi Pejuang 3 in 1’  yang mendakwa boleh mempertingkat kesihatan seksual lelaki.



Ini selepas dua orang yang minum kopi itu jatuh sakit teruk, termasuk seorang yang mengalami priapisme atau ereksi alat kelamin selama empat jam selepas minum kopi itu,  kata HSA dalam kenyataannya pada 25 Mei.



Priapisme adalah keadaan perubatan yang serius dan boleh merosakkan tisu alat kelamin dan menyebabkan mati pucuk. 



Menurut HSA, pemeriksaan yang dilakukan ke atas kopi itu menunjukkan ia mengandungi kandungan tinggi tadalafil - ubat rawat mati pucuk yang perlu dimakan mengikut arahan doktor. Ia juga tidak mengandungi bahan semula jadi atau herba sebagaimana yang didakwa dalam bahan pemasaran di dalam talian.



Menurut HSA, ‘Prime Kopi Pejuang 3 in 1 dijual di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, Qoo11 dan Carousell, serta menerusi Facebook. 



“HSA telah bekerjasama dengan pentadbir platform tersebut untuk menghapuskan barangan itu dari senarai penjualan dan telah mengeluarkan amaran kepada penjual,” kata HSA.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >