KIT ujian Covid-19 Abott Alinity yang ditarik balik kerana menghasilkan ujian positif yang berkemungkinan tidak tepat dibekalkan di Singapura untuk kegunaan makmal klinikal, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) semalam.
Makmal klinikal diberitahu pada bulan September mengenai kemungkinan hasil positif palsu dan dimaklumkan bahawa sebarang hasil positif dari ujian ini akan memerlukan ujian pengesahan.
HSA berkata bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan Abbott untuk melancarkan "tindakan pembetulan yang sesuai" untuk mengatasi masalah ini, tanpa mengulas dengan lebih lanjut.
Ini berlaku setelah Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat Khamis lalu berkata bahawa dua kit ujian Covid-19 oleh Abbott Molecular, anak syarikat Abbott Laboratories, ditarik balik kerana ia berpotensi mengeluarkan hasil positif yang palsu.
FDA berkata penarikan semula kit-kit ujian makmal Alinity m Sars-CoV-2 AMP dan Alinity m Resp-4-Plex oleh unit Abbott Molecular adalah penarikan Kelas 1, yang paling serius.
HSA telah memberikan kebenaran sementara kepada kit Abbott Alinity m SARS-CoV-2 AMP pada 14 September tahun lalu. Akhbar The Straits Times (ST) dalam laporannya berkata ia telah meminta agensi tersebut untuk menjelaskan sekiranya Alinity m Resp-4-Plex AMP digunakan di sini.
FDA telah memberi saranan pada bulan September bahawa penyedia penjagaan kesihatan dan makmal klinikal mempertimbangkan untuk menguji semula sampel pesakit yang positif dengan kit ujian Covid-19 yang lain.
Apa yang disangka sebagai satu kesilapan, kini menjadi satu pengalaman yang penuh bermakna.
Apabila terlepas tarikh pendaftaran awal untuk program Ijazah Sarjana Muda Media Fesyen dan Perusahaan, Cik
Perubahan iklim dan kemampanan alam kian menjadi pemacu perilaku pilihan golongan Generasi Z dan milenial di tempat kerja dan sebagai pengguna.
Menurut kajian yang dikeluarkan oleh firma khidmat
Ayahnya mula mencetuskan minatnya yang mendalam terhadap sukan sejak kecil.
Didedahkan kepada pelbagai jenis sukan, setiap sukan yang Nur Aziman Rostam cuba membuka pintu baru kepada dunia yang berbeza
Sekitar 26 tahun lalu, Muhammad Yusry Abdullah Musa, berjinak-jinak dalam bidang seni suara dengan memasuki pertandingan, Anugerah Band, bersama kumpulannya, Wira Utara.
Setelah tersingkir pada sesi
Pertandingan band rok seperti Clash of the Bands yang pernah diadakan di Singapura pada kemuncak era kegemilangan rok balada pada lewat 1970-an dan 1980-an harus dikembalikan.
Begitulah pandangan
Apabila diundang membuat persembahan di hadapan usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri, dalam satu acara rumah terbuka jenama D’Herbs di Shah Alam pada 2023, bakat muda Singapura, Md Izzan Adlan Ibrahim
Bagi Cik Nur Rynna Shazrina Mohammed Iskandar, 24 tahun, fesyen bukan sekadar reka bentuk pakaian yang bergaya atau sekadar mencantumkan fabrik.
Malah, beliau menggunakan seni fesyen sebagai curahan
Nilai seorang wanita sering terikat dengan identiti mereka sebagai ibu, anak atau pasangan sehingga identiti dan harga diri sendiri sering diketepikan demi kepentingan orang lain.
Dalam lagu Mahal
Dalam kelembutan, pedas betul sindiran Dalia Farhana terhadap si pihak yang berselingkuh dalam lagu terkininya, Curang.
Dari awal lagu ini, Dalia terus melafaz ketidakpuasannya dengan kata-kata manis
Mengenali tanda-tanda kesihatan mental dan cara mengatasi masalah kegelisahan dan kemurungan merupakan langkah penting bagi menjaga kesejahteraan warga emas.
Berikut adalah panduan ringkas untuk