Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA: Kit ujian yang ditarik balik adalah untuk kegunaan makmal 

Oct 17, 2021 | 07:28 PM



Kit ujian Covid-19 Abott Alinity yang ditarik balik kerana menghasilkan ujian positif yang kemungkinan tidak tepat telah dibekalkan di Singapura untuk kegunaan makmal klinikal, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA). 



Makmal klinikal diberitahu pada bulan lalu mengenai kemungkinan hasil positif palsu dan dimaklumkan bahawa sebarang hasil positif dari ujian ini akan memerlukan ujian pengesahan.



HSA memberitahu The Straits Times bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan Abbott untuk memperkenalkan “tindakan pembetulan yang sesuai” bagi mengatasi masalah ini, tanpa mengulas dengan lebih lanjut.



Ini berlaku setelah Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat Khamis lalu berkata bahawa dua kit ujian Covid-19 oleh Abbott Molecular, anak syarikat Abbott Laboratories, ditarik balik kerana ia berpotensi mengeluarkan hasil positif yang palsu.



FDA berkata penarikan semula kit-kit ujian makmal Alinity m Sars-CoV-2 AMP dan Alinity m Resp-4-Plex oleh unit Abbott Molecular adalah penarikan Kelas 1, yang paling serius.



HSA telah memberikan kebenaran sementara kepada kit Abbott Alinity m SARS-CoV-2 AMP pada 14 September tahun lalu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >