Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA rampas 85,000 vape, komponen dalam rampasan terbesar

Apr 03, 2023 | 05:22 PM



PIHAK berkuasa telah merampas lebih 85,000 rokok elektronik, atau vape, dan komponen berkaitan dari sebuah gudang di Mandai.


Ia rampasan terbesar produk sebegitu sejauh ini.


Lima ‘kaki’ yang disyaki, berusia antara 20 tahun dengan 33 tahun, ditangkap di gudang itu pada 29 Mac dan sedang membantu Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam siasatan.


“Operasi berjaya ini, yang mengambil masa lebih 72 jam, merosakkan operasi rantaian bekalan e-rokok haram,” kata polis dan HSA dalam satu kenyataan bersama pada Isnin.

Ini rampasan terbesar produk vape oleh HSA, melebihi hasil serbuan pada 2021 apabila vape dan komponen berkaitan bernilai lebih $2.2 juta dirampas, menurut kenyataan itu.


Pihak berkuasa sedang menganggarkan nilai serbuan terkini itu.


Gudang tersebut, yang digunakan bagi menyimpan produk vape menanti diambil ‘kaki’ datang mengambil dan menghantarnya kepada pembeli, terbongkar setelah polis menangkap enam orang disyaki terlibat dalam perdagangan haram vape di Sembawang sehari sebelumnya.


Pada 28 Mac, polis menerima panggilan bantuan di tempat letak kereta bertingkat di Blok 592 Montreal Link, dan menemui pemandu van yang disyaki mengedarkan bungkusan mengandungi vape kepada lima ‘kaki’, yang akan menghantarnya kepada pembeli.


Dua lelaki – pemandu berusia 27 tahun dan satu lagi lelaki berusia 26 tahun – diberkas kerana “kelakuan gopoh atau cuai berkenaan sebarang mesin” di bawah pemilikan mereka, kata kenyataan itu.


Pemandu itu juga ditangkap kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang seorang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya.


Empat lelaki lain di tempat letak kereta itu, berusia 22 tahun hingga 27 tahun, juga sedang membantu dalam siasatan.


HSA berkata import, pengagihan, penjualan dan tawaran bagi penjualan produk tembakau tiruan atau berbahaya adalah haram.


“Ini termasuk tembakau shisha, tembakau tanpa asap, tembakau kunyah seperti Gutkha, Khaini, Zarda, e-vape dan aksesori mereka,” katanya.


Pesalah boleh dikenakan hukuman denda hingga $10,000, penjara hingga enam bulan, atau kedua-dua hukuman, bagi kesalahan pertama.


Hukuman bagi kesalahan selanjutnya ialah denda hingga $20,000, penjara hingga 12 bulan, atau kedua-dua hukuman.


LAPORAN BERKAITAN: 'Vape' tidak bahaya? Salah tanggap yang membimbangkan

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >