Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA rampas ubat seks bernilai $90,000 dalam serbuan di Sims Drive

Jan 21, 2021 | 08:54 PM



UBAT perangsang seks haram bernilai sekitar $90,000 telah dirampas dari sebuah rumah di Sims Drive dalam satu serbuan.



Ini termasuk 62,000 unit dadah perangsang seks yang disimpan dalam laci dan almari di rumah berkenaan, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Dengan sokongan polis, pegawai Penguasa Sains Kesihatan (HSA) melaksanakan serbuan itu selepas menerima maklumat berkaitan enam bungkusan dari luar negara yang disyaki mengandungi ubat haram tersebut akan diterima seorang penduduk di sini.



Lelaki berusia 23 tahun itu, didakwa sebagai penerima bungkusan tersebut, diberkas di unit rumah berkenaan yang mana lebih banyak dadah peningkatan seksual juga ditemui di situ.



"Ubat seperti ini mungkin mengandungi bahan perubatan tidak diisytihar yang boleh menyebabkan bahaya jika ia digunakan," kata HSA pada Khamis (21 Jan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >