Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERTANDINGAN UNIT TERBAIK SAF: UNIT INFANTRI TERBAIK BAGI KOMAND PASUKAN PERTAHANAN RAKYAT KEDUA (2PDF)

Hubungan baik pegawai-askar kunci kejayaan Batalion ke-716

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



BATALION ke-716, Rejimen Infantri Singapura (716 SIR), dinobat Anugerah Unit Infantri Terbaik bagi Komand Pasukan Pertahanan Rakyat Kedua (2PDF) buat kali kedua berturut-turut dalam Pertandingan Unit Terbaik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tahun ini.



Pertandingan tahunan itu menghadiahkan anugerah tersebut kepada unit SAF atas prestasi baik dari segi kesediaan kombat, kemahiran mengendali operasi dan kecekapan pentadbiran mereka.



Batalion Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NS) itu dinobat anugerah tersebut sebanyak dua kali masing-masing bagi putaran Latihan Dalam Kem (ICT) ke-enam dan ke-tujuh mereka, di mana dalam putaran ketujuh tahun lalu, ia menjalani penilaian Tahap Kedua, Pusat Penilaian Latihan Tentera (Atec).



Pegawai Pemerintah 716SIR, Leftenan Kolonel (NS) Jeremy Lee, 45 tahun, berkata di sebalik pencapaian anugerah itu bukan sekadar latihan gigih dilalui unit itu pada setiap ICT, namun asas teguh antara pegawai dengan askar juga yang telah memberi mereka semangat berlatih di luar ICT.



Menurutnya para anggota unitnya digalak melakukan latihan sampingan pada waktu peribadi mereka sekali setiap dua bulan, tambahnya.



"Asas di sebalik unit kami adalah hubungan baik antara pegawai dan para askar yang terus membuat mereka bermotivasi untuk melakukan terbaik setiap ICT dan juga di luar ICT," kata LTC (NS) Lee yang menyandang jawatan sebagai Penolong Ketua Pegawai Operasi di Hospital Universiti Nasional (NUH).



"Sejujurnya, kami melakukan semua ini bukan sebab kami ingin meraih anugerah itu. Kami melakukan ini sebab sejak mula kami telah membina dan mengekalkan persahabatan erat antara setiap anggota, dan ini mendorong mereka melakukan lebih daripada latihan ICT untuk menyediakan diri melalui Atec," katanya.



Ketika ditanya bagaimana setiap anggota batalion digalak melakukan latihan di luar ICT, Pegawai Operasi Batalion itu, Kapten (NS) Mohammad Satria Sadon yang menyelaras semua arahan kepada seluruh batalion berkata mereka secara kerap menyebarkan mesej menggunakan wadah media sosial seperti Facebook dan Whatsapp untuk membuat setiap anggota memahami keperluan misi mereka.



Latihan di luar ICT itu termasuk perarakan jarak jauh dengan membawa beg yang seberat peralatan dibawa semasa mengendali misi, serta latihan fizikal lain.



Kapten Satria akur, bukan mudah berbuat demikian ekoran langkah pengurusan selamat Covid-19 yang berkuat kuasa sejak dua tahun lalu.



Jadi mereka teruskan melakukan kegiatan tersebut dalam kumpulan kecil.



"Meskipun kami tidak menjejak atau memantau sama ada mereka lakukan latihan di luar ICT itu secara teliti, sekurang-kurangnya ada galakan untuk berbuat demikian.



"Namun tugas mengurus dan memberi arahan kepada setiap anggota kami tidak boleh berbuat demikian dengan sendiri.



Kapten Satria berkata antara usaha yang dilakukan pihak pengurusan batalionnya adalah menggalak setiap pegawai mengambil berat tentang kekuatan dan kelemahan setiap askar.



"Dan ini termasuk mengambil tahu urusan peribadi mereka dalam hal keluarga dan pekerjaan mereka.



"Dengan kami menunjukkan keprihatinan itu dan memahami cabaran mereka lalui, mereka juga dapat memahami keperluan tugas kami sebagai batalion NS," jelas Kapten Satria lagi, seorang pegawai perisikan di syarikat teknologi Google, berusia 38 tahun.



Kapten Satria, diberi jawatan Ketua Pegawai Operasi tiga tahun lalu, sebelum ini beliau menyandang jawatan sebagai Ketua Kompeni sepanjang lima tahun.



Bapa dua anak itu berkata beliau kagum melihat bagaimana batalionnya telah membesar dan mengekalkan persahabatan serta standard tinggi hingga sekarang.



716SIR akan menjalani ICT ke-lapannya tahun ini, lagi dua tahun sebelum askar mereka tamat tempoh kerahan NS.



Pada putaran penghujung itu, mereka bakal dikerah mengendali operasi pertahanan negara tertentu dan ia sangat penting bagi setiap askar bersiap sedia dengan penuh motivasi.



"Saya selalu memberitahu setiap anggota saya, bahawa terdapat sesuatu yang istimewa dalam diri mereka agar mereka memimpin satu sama lain hingga ke garisan akhir," ujar Kapten Satria lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >