Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan SG-M’sia kian penting dalam sekitaran global penuh persaingan

Sep 06, 2022 | 09:30 PM



HUBUNGAN antara Singapura dengan Malaysia akan menjadi lebih penting dalam sekitaran global baru yang membawa persaingan geopolitik lebih besar dan berpotensi menyebabkan lebih banyak perpecahan dalam ekonomi global.


Bercakap kepada media pada Selasa (6 Sep) semasa lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia selepas dilantik timbalan perdana menteri (DPM) Jun lalu, Encik Lawrence Wong, berkata negara seperti Singapura dan Malaysia akan terus ditarik ke arah berbeza sedang zaman keemasan globalisasi yang dinikmati sepanjang 30 tahun lalu mungkin sudah berakhir.


“Akan ada tekanan, semakin banyak, untuk kita berpihak. Itulah sebabnya penting bagi kita untuk bersatu dan berdiri bersama dan terus mengukuhkan kerjasama antara satu sama lain,” kata Encik Wong.


“Itulah yang saya cuba lakukan dalam lawatan ini, untuk melakukan usaha untuk datang ke sini, membangunkan hubungan, dan saya berharap untuk meneruskan apa yang telah saya capai semasa lawatan ini, untuk terus mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara kita,” tambahnya.


Lawatan rasmi empat hari ke Malaysia itu bermula Ahad lalu (4 Sep) dan berakhir pada Rabu (7 Sep). 


Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau gembira berpeluang mengunjungi Malaysia, dan ia adalah lawatan pertamanya ke sana sejak pandemik Covid-19 bermula dan sejak beliau menjadi DPM.


“Saya ingin menjadikan ini salah satu perhentian pertama saya di luar negara, supaya saya boleh datang ke sini untuk memperbaharui persahabatan yang telah saya jalin, untuk membina hubungan baru, dan untuk mengesahkan pentingnya kerjasama kukuh antara Malaysia dengan Singapura,” kata Encik Wong.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >