Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan S’pura-Johor makin erat di bawah kepimpinan Sultan Johor: PM Lee

Oct 11, 2023 | 07:36 PM



Hubungan antara Singapura dengan Johor telah berkembang di bawah “kepimpinan bijak” Sultan Ibrahim Iskandar, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, selepas beliau meraikan Sultan Johor dan kaum kerabatnya dalam satu majlis jamuan malam di Istana pada Selasa.

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu, Encik Lee berkata:

“Kami telah melancarkan projek bercita-cita tinggi untuk meningkatkan perdagangan dan perhubungan, termasuk RTS Link (Laluan Sistem Transit Laju Johor Bahru-Singapura), dan mengalu-alukan untuk memulakan perbincangan mengenai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.”

RTS Link ialah perkhidmatan ulang-alik rel rentas sempadan sepanjang empat kilometer yang dibina untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.

Apabila ia mula beroperasi menjelang akhir 2026, orang ramai akan dapat berulang-alik dari Bukit Chagar di Johor Bahru ke Woodlands North di Singapura, dan sebaliknya, dalam masa kira-kira lima minit.

Pada Julai 2023, Singapura dan Malaysia juga telah bersetuju menubuhkan satu pasFukan bertindak untuk menetapkan bidang rujukan dan kerjasama luas bagi idea Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura itu.

Menukil laporan The Straits Times, projek tersebut mungkin akan dibincangkan pada Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia pada Oktober.


Encik Lee menjelaskan: “Johor adalah pintu masuk Singapura ke Malaysia. Lebih daripada jiran, Singapura dan Johor adalah rakan kongsi yang terjalin atas dasar persahabatan dan persaudaraan yang merentas generasi.”

Dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa, Sultan Iskandar turut menyatakan, Johor dan Singapura, yang terikat dengan geografi dan sejarah yang dikongsi, boleh bekerjasama demi “hasil yang memanfaatkan kedua-dua pihak dengan manfaat ketara bagi rakyat dan perniagaan mereka”.

Turut hadir dalam majlis jamuan malam pada Selasa di Istana ialah isteri Encik Lee, Cik Ho Ching; Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah; Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim dan isterinya, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam dan isteri Cik Seetha Shanmugam, turut hadir.

Encik Lee turut berkata, Sultan Ibrahim menghidangkan nasi ulam yang sangat sedap yang dimintanya semasa lawatan terakhir beliau ke Johor.

“Saya membalas layanan baiknya dengan menghidangkan kari ketam bersama beberapa hidangan tempatan kegemarannya yang lain,” tambah Encik Lee.

Encik Lee dalam catatannya turut menambah, kedua-dua mereka bertemu semasa acara perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) di sini pada September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >