Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hujan lebat dijangka pada separuh kedua bulan Julai

Jul 15, 2022 | 07:39 PM



ORANG ramai mungkin boleh membawa payung semasa keluar rumah hingga hujung bulan ini. (Jul)

Ini ekoran ramalan bahawa lebih banyak hujan berserta petir dijangkakan pada separuh kedua bulan ini, berbanding tempoh separuh pertama bulan sama.





Keadaan Monsun Barat Daya dijangka berterusan di Singapura dan di rantau sekitarnya, dengan angin paras rendah diramalkan terus bertiup dari tenggara atau barat daya, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Jumaat.(15 Jul)





Umumnya, keadaan terang dan panas boleh dijangkakan pada beberapa hari pertama separuh kedua bulan ini disebabkan kehadiran udara kering di Singapura dan rantau sekitarnya.

Pada masa sama, bagi baki bulan ini, hujan monsun diramalkan turun berhampiran dengan kawasan Khatulistiwa.





Ini dijangka membawa lebih banyak hujan di rantau Asia Tenggara yang berdekatan Khatulistiwa.





Pada kebanyakan hari dalam dua minggu mendatang, hujan jangka pendek, kadangkala diiringi guruh, dijangka berlaku di beberapa bahagian pulau ini pada lewat pagi dan petang.





Pada beberapa hari pula, hujan lebat berserta petir diramal berlaku, disebabkan pemanasan pada siang hari di kawasan daratan ditambah pula dengan penumpuan angin di Singapura dan kawasan sekitarnya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >