Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Hukuman gantung pengedar dadah M'sia ditangguh selepas dia dijangkiti Covid-19

Nov 10, 2021 | 05:30 AM



WARGA Malaysia, Nagaenthran K. Dharmalingam, yang dijadual digantung sampai mati hari ini kerana kesalahan mengedar dadah, telah diuji positif Covid-19.



Hal tersebut diberitahu di mahkamah semalam.



Oleh kerana itu, Nagaenthran, 33 tahun, diberi penangguhan hukuman lanjut oleh Mahkamah Rayuan tiga hakim yang telah dipanggil segera untuk mendengar tentangannya terhadap hukuman matinya.



Apabila sesi mahkamah bermula, Hakim Mahkamah Rayuan Andrew Phang berkata: "Kami difahamkan dia diuji positif Covid-19."



Beliau berkata mahkamah akan menangguhkan tarikh perbicaraan ke tarikh yang akan ditetapkan dan mengeluarkan penangguhan pelaksanaan sehingga semua prosiding selesai, lapor akhbar The Straits Times.



Nagaenthran, yang ditangkap pada 2009 pada usia 21 tahun dengan sebungkus heroin yang diikat pada paha kirinya, cuba mencabar hukumannya dengan berkata dia mempunyai usia mental seseorang yang berusia bawah 18 tahun ketika itu.



Dia berkata pelaksanaan hukuman mati ke atas orang kurang upaya intelek dilarang di bawah undang-undang antarabangsa kerana ia merupakan hukuman tidak berperikemanusiaan.



Dia juga mendakwa Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) mempunyai "dasar dalaman" untuk tidak melaksanakan hukuman mati terhadap banduan yang cacat mental - satu dakwaan yang dinafikan SPS.



Jabatan Peguam Negara berhujah bahawa Nagaenthran tidak cacat dari segi intelek dan menyampaikan keterangan pegawai kanan penjara yang telah berinteraksi dengannya selama tiga tahun.



Kelmarin, Hakim See Kee Oon menolak permohonan Nagaenthran dengan berkata tidak ada asas yang boleh dipercayai untuk dakwaan Nagaenthran mengenai usia mentalnya.



Usia mental yang didakwa itu berdasarkan pendapat peguamnya, Encik M. Ravi, yang tidak mempunyai kepakaran perubatan dan hanya bertemu banduan itu sekali sahaja pada 2 Nov selama 26 minit, kata hakim.



Nagaenthran dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2010 setelah didapati mengedar 42.72 gram heroin.



Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, hukuman mati dikenakan ke atas mereka yang membawa masuk heroin melebihi 15 gram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >