Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hukuman lebih tegas bagi pemandu yang lakukan kesalahan di Zon Perak

Mar 01, 2021 | 09:04 PM



HUKUMAN bagi pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan trafik di lintasan pejalan kaki atau membahayakan keselamatan pejalan kaki di Zon Perak akan ditingkatkan untuk lebih melindungi pejalan kaki warga emas.


Rangka Kerja Mata Denda Zon Sekolah akan diperluas ke Zon Perak, yang terletak di kawasan dengan ramai warga emas atau di mana kemalangan melibatkan pejalan kaki warga emas telah berlaku.


Mengumumkan demikian pada Isnin (1 Mac), Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan, berkata hukuman yang dilakukan di zon sekolah juga akan dinaikkan untuk melindungi pelajar.


"Kami sedang menyelesaikan semakan kami, dan akan mengumumkan perinciannya menjelang hujung tahun ini," katanya semasa perbahasan mengenai belanjawan Kementerian Dalam Negeri (MHA).


Di bawah rangka kerja  Mata Denda Zon Sekolah kini, pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan memandu seperti melanggar lampu merah di zon sekolah akan mendapat mata denda tambahan.


Semakan itu dibuat setelah polis mengumumkan dalam laporan keadaan trafik jalan raya tahunan mereka bulan lalu bahawa kemalangan maut yang melibatkan pejalan kaki warga emas berumur 60 tahun ke atas menyumbang lebih daripada 80 peratus kemalangan maut yang melibatkan pejalan kaki tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >