Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu bangga anak jayakan misi menyelamat di Turkey

Feb 19, 2023 | 05:30 AM



PERASAAN risau menunggu anaknya pulang lenyap dalam sekelip mata bagi Cik Hatijah Safingi, 77 tahun.



Ditemani ahli keluarga, Cik Hatijah tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi seawal 3.40 pagi pada 18 Februari untuk menanti anaknya, Staf Sarjan Kanan (SSG) Ahmad Syairazi Kadir, 37 tahun yang dijadual pulang bersama rombongan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) pada 18 Februari.2



Justeru, selepas menunggu hampir dua jam, beliau akhirnya dapat mendakap anaknya itu, yang tidak pernah berjauhan dengannya.



"Sebenarnya saya bangga kerana dia dipilih menyertai rombongan ini... lagipun dia ke sana demi negara dan untuk berbakti kepada orang dalam keadaan bencana. Jadi saya relakan dia pergi, tapi dengan pesanan supaya melakukan tugas dengan ikhlas," kata Cik Hatijah.



Bercakap kepada Berita Minggu SSG Ahmad Syairazi, bapa empat anak berusia empat hingga 17 tahun berkata:



"Saya amat bersyukur dan gembira dapat pulang ke pangkuan keluarga. Memang sebelum pergi perasan gementar itu. Ini bukan hanya pertama kali menyertai misi ke luar negara malah, pertama kali berjauhan dari keluarga terutama sekali isteri dan anak-anak."



Jururadiografi, Cik Sabrina Musthpa, 32 tahun, yang sedang menanti ketibaan suaminya, SGT1 Mohd Rohaizad Mansor pula tidak dapat menyembunyikan rasa girang.



Beliau dan keluarganya membawa tiga sepanduk buatan sendiri untuk ditayangkan.



"Saya berasa bangga kerana suami saya diberikan peluang bersama kontinjen untuk ke Turkey dalam membantu orang-orang di sana," kata Cik Sabrina, ibu dua anak berusia lima tahun dan lima bulan.



Cik Hatijah dan Cik Sabrina serta keluarga masing-masing antara 400 ahli keluarga dan rakan yang bersengkang mata untuk menanti ketibaan rombongan 68 anggota SCDF yang pulang selepas menjalani operasi menyelamat 10 hari di Turkey.



Turut hadir ialah Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K Shanmugam, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dan Duta Besar Turkey ke Singapura Encik Mehmet Burcingonenli.



Sekitar 50 warga Turkey yang menetap di Singpaura turut hadir untuk menunjukkan penghargaan.



Dalam tempoh operasi yang dinamakan Lionheart itu, pasukan SCDF menyelamatkan seorang budak lelaki berusia 12 tahun dan seorang lagi lelaki dari bangunan yang runtuh, serta membantu mencari dan membawa keluar mangsa dari beberapa tapak runtuhan.



Ia juga memberi sumbangan bekalan kepada pasukan penyelamat di Turkey.



Singapura telah menghantar dua pasukan, bermula dengan pasukan awal 20 anggota pada 8 Februari, diikuti pasukan kedua lebih besar pada 10 Februari.



Mereka diketuai oleh komander kontinjen, Kolonel Chew Keng Tok.



Gempa yang berlaku pada 6 Februari itu sekuat 7.8 Richter di skala Richter dan telah meragut 45,000 nyawa dan menyebabkan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal.



Mengulas mengenai sumbangan pasukan SCDF di sana, Encik Shanmugam berkata:



"Mereka dihantar ke kawasan yang mungkin paling teruk terjejas. Kami berbangga dengan pasukan ini atas semangat dan sumbangan mereka yang baik, walaupun dalam keadaan dan cuaca yang mencabar, iaitu menghadapi suhu cuaca antara -3 darjah Celsius pada waktu malam dan 5 darjah Celsius pada siang hari.



Dengan wajah penuh emosi, warga Turkey, Encik Bora Gulpinar, 50 tahun, berkata: "Negara kami kini menghadapi cabaran yang amat besar. Saya berterima kasih kepada rakyat Singapura dan SCDF yang telah tampil dan menyelamatkan nyawa-nyawa di Turkey. Ini satu tanda betapa rapat Singapura dan Turkey dan setulus hati, kami amat tersentuh dengan bantuan yang telah diberikan.



Beliau telah menetap di sini sejak sembilan tahun yang lalu dan kehilangan beberapa ahli keluarga dan rakan semasa gempa.




“Kami berbangga dengan pasukan ini atas semangat dan sumbangan mereka yang baik, walaupun dalam keadaan dan cuaca yang mencabar, iaitu menghadapi suhu cuaca antara -3 darjah pada waktu malam dan 5 darjah pada siang hari.”
- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >