Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Ibu bapa tidak dibenar masuk premis prasekolah sebagai antara usaha perketat langkah Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Ibu bapa tidak dibenar masuk premis prasekolah sebagai antara usaha perketat langkah Covid-19

May 15, 2021 | 06:42 PM

PENGUNJUNG luar termasuk ibu bapa kanak-kanak yang baru dimasukkan ke prasekolah tidak dibenarkan masuk ke premis prasekolah dan pusat campur tangan awal mulai Ahad (16 Mei).

Hanya mereka yang diperlukan bagi menyokong operasi pusat berkenaan seperti membuat pembaikian peralatan rosak yang perlu disegerakan atau menjalankan tugas yang perlu dibereskan seperti pelesenan dan audit dibenarkan masuk.

Mengumumkan langkah pengurusan selamat yang diperketatkan pada Sabtu (15 Mei), Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) menasihati prasekolah dan pusat campur tangan awal agar berurusan dengan ibu bapa dalam talian.

Pemeriksaan kesihatan dan suhu badan bagi semua kakitangan dan kanak-kanak akan dipertingkatkan sehingga tiga kali sehari.

Penggunaan penghadang muka tanpa pelitup tidak lagi dibenarkan dengan kakitangan prasekolah dan pusat campur tangan awal ini diperlukan menggunakan pelitup setiap masa.

Kegiatan berkumpulan besar dan di lokasi luar juga digantung dengan saiz bagi aktiviti luar dikurangkan daripada lima orang kanak-kanak kepada dua orang kanak-kanak dalam kelas yang sama. 

Prasekolah dan pusat campur tangan awal ini juga diperlukan meneruskan semua mesyuarat kakitangan dan latihan dalam talian.

Semua latihan luar termasuk latihan rawatan kecemasan kanak-kanak akan dijalankan secara maya.

Mereka yang mengendalikan program tambahan pula akan dibenarkan memberi khidmat hanya pada satu sekolah sahaja bagi mengurangkan risiko jangkitan merentasi pelbagai prasekolah.

Bagaimanapun, penyedia khidmat program sokongan pembangunan 'Development Support Plus' yang dikhususkan buat kanak-kanak dengan keperluan pembangunan lebih tinggi boleh memberi khidmat kepada empat lokasi bagi setiap masa.

ECDA menambah, langkah-langkah ini akan beroperasi hingga 13 Jun.

Ia juga akan bekerjasama dengan prasekolah dan pusat campur tangan awal bagi memastikan pelaksanaan langkah keselamatan yang dipertingkatkan demi keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan kakitangan pusat berkenaan dapat dijalankan.

"Ini memerlukan sokongan kolektif semua penyedia khidmat, prasekolah dan campur tangan awal kakitangan, ibu bapa dan kanak-kanak.

"Dengan bekerjasama dan kekal bersatu, kita akan terus melindungi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat prasekolah dan pusat campur tangan awal kita," jelas ECDA dalam kenyataannya.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3