Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Ibu bapa titipan dibenar jaga anak angkat walau bapa kandung bantah

Mar 14, 2023 | 05:30 AM



IBU bapa titipan kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, yang diletakkan dalam jagaan mereka sejurus selepas kelahirannya kerana kedua-dua ibu bapa kandungnya berada dalam penjara, dibenarkan mengambil anak itu walaupun bapa kandungnya membantah.



Seorang hakim Mahkamah Keluarga memutuskan untuk mengetepikan kebenaran bapa kandung dan membenarkan pengambilan kanak-kanak perempuan itu kepada ibu bapa angkatnya selepas Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menilai bahawa proses itu adalah untuk kebajikan terbaik bagi budak tersebut.



Bapa kandungnya, yang dipenjarakan kerana kesalahan berkaitan dadah pada masa itu, telah membantah permohonan pengambilan anak angkat tersebut.



Dalam hujah bertulis bagi keputusannya yang diterbitkan pada Sabtu, Hakim Daerah Jason Gabriel Chiang berkata:



"Ia bukan keputusan yang mudah. Saya dapat melihat dengan jelas dedikasi pemohon terhadap anak dan kesungguhan permohonan mereka.



"Pada masa yang sama, saya juga amat bersimpati dengan kedudukan bapa kandung dan saya juga memujinya atas langkah yang telah beliau lakukan untuk pemulihannya dan komitmennya untuk kekal bebas dadah.



"Namun, pertimbangan utama bagi kebajikan terbaik kanak-kanak itu memerlukan pembentukan perintah pengambilan anak angkat ini."



Bapa kandung kanak-kanak perempuan itu telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.



Kedua-dua pemohon merupakan pasangan suami isteri berusia pertengahan 30-an yang tidak mempunyai anak sendiri.



Anak itu, yang dilahirkan pada 2014 ketika ibu kandungnya berada di penjara, diletakkan dalam jagaan pasangan itu ketika dia berusia kira-kira sebulan.



Pasangan itu kemudiannya juga dilantik menjadi ibu bapa titipan kepada dua anak kecil daripada keluarga yang berbeza.



Anak kecil itu, yang ketika itu sudah mengetahui sejarah kelahirannya, bersetuju diambil sebagai anak angkat dan melaporkan mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa angkatnya.



Dia berkata dia mahu tinggal bersama mereka "selama-lamanya" dan menikmati masa yang diluangkan bersama termasuk bercuti di Hong Kong, Paris dan Jepun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >