Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IBU DITINGGALKAN DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS

Anak ada 'masalah sedikit' untuk temui ibu, kerja di laut

Mengaku tidak ziarah lepas tempatkan ibu di Johor Bahru pada 2001, ada adik-beradik 'tapi susah nak kontek'
Nov 02, 2017 | 05:30 AM



ANAK lelaki wanita di Pusat Penjagaan Warga Emas Green Acres di Johor Bahru, yang tidak diziarahinya selama 16 tahun, berkata beliau mempunyai "masalah sedikit" untuk bertemu ibunya itu.



Encik Syahrunizal Mohamad Ali memberitahu Berita Harian beliau "ada juga niat" untuk bertemu ibunya, Cik Pungut Jumadi, 69 tahun, tetapi "ada masalah yang sukar untuk diceritakan kepada awak''.



Kisah Cik Pungut tidak diziarahi anaknya selama 16 tahun selepas beliau diletak di rumah jagaan itu kali pertama dilaporkan akhbar The Straits Times Isnin lalu.



Semasa dihubungi, Encik Syahrunizal, seorang warga Singapura, mengaku tidak menziarahi ibunya sejak beliau menempatkannya di pusat jagaan di Kempas itu pada 2001.



Menurut pengurus pusat jagaan itu, Encik Yeo Kok Leong, Cik Pungut ditempatkan di situ setelah pihaknya menerima panggilan daripada Encik Syahrunizal agar pihaknya mengambil ibunya dari Hospital Tan Tock Seng selepas ibunya diserang angin ahmar.



"Syah mahu ibunya tinggal di Malaysia dan ditempatkan di pusat jagaan ini. Selepas Syah membuat pendaftaran, Syah tidak datang lagi ke sini," ujar Encik Teo ketika dihubungi akhbar ini.



Encik Syahrunizal, 53 tahun, berkata: "Saya sekarang bekerja di laut, anchorage. Saya perlu bekerja selama beberapa bulan di laut dan hanya beberapa hari di darat.''



Ketika ditanya apakah beliau berhasrat menemui ibunya, Encik Syahrunizal menjawab: "Ada juga. Rindu juga dengan ibu. Kesian jugalah."



Encik Syahrunizal, yang berkata beliau masih bujang, berkata beliau akan mencari waktu yang sesuai untuk bertemu ibunya dan memastikan beliau akan bercuti panjang.



"Saya akan pulang ke darat pada Disember ini. Jadual kerja saya memang ketat. Kadang-kadang terus dipanggil kerja di laut. Saya perlu menyusun waktu terdekat untuk jumpa ibu,'' ujarnya, tanpa menyatakan pekerjaan dan syarikat tempat beliau bekerja.



Encik Syahrunizal, yang agak keberatan berbual, juga mengaku "jarang-jarang bayar" yuran perkhidmatan pusat penjagaan tersebut.



Jika ada kelapangan, beliau akan membuat pemindahan wang ke akaun pusat penjagaan itu, katanya.



Encik Yeo berkata pusat jagaannya hanya menerima bayaran penjagaan ibunya daripada Encik Syahrunizal selama tiga bulan sepanjang tahun lalu, dan pada tahun ini hanya menerima bayaran setengah bulan.



"Walaupun ada bayaran bulanan tidak dibayar, kami akan terus menjaga ibunya. Tidak mengapalah.



"Saya hanya mahu Syah datang berjumpa ibunya di sini. Itu sahaja yang saya mahu.



"Ibunya amat rindukan Syah. Saya tidak akan tanya mengenai bayaran bulanan pun pada Syah jika dia sedia datang ke Johor,'' ujar Encik Yeo.



Beliau berkata bayaran bulanan sekitar RM1,700 ($550) hingga hampir RM2,000 kerana Cik Pungut memerlukan makanan berbeza daripada penghuni lain, seperti susu dan lampin pakai buang, serta perlu dibawa ke hospital.



Cik Pungut perlu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan antaranya bagi penyakit anemia atau kurang darah yang merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan kulit pucat terutama di bahagian tapak tangan, lidah dan sekeliling mata, sukar bernafas terutama selepas melakukan aktiviti, lesu, tidak bermaya dan pening.



Beliau juga menghidap cellulitis iaitu jangkitan kuman di dalam lapisan kulit.



Encik Yeo berkata beliau memujuk Encik Syahrunizal beberapa kali agar datang bertemu ibunya, tetapi beliau memberikan pelbagai alasan, misalnya tidak mempunyai pasport dan sibuk bekerja.



"Saya ada pasport. Nantilah saya akan tengok emak saya,'' ujar Encik Syahrunizal ketika ditanya Berita Harian lagi.



Ditanya apakah beliau mempunyai adik-beradik lain untuk menziarahi ibunya, beliau berkata: "Saya ada adik-beradik tetapi susah nak kontek.''



Encik Syahrunizal berkata beliau tidak lagi tinggal menyewa di Ang Mo Kio.



Menurut Encik Yeo, sejak laporan mengenai Cik Pungut disiarkan di akhbar The Straits Times dan Berita Harian, ramai orang menghubungi pihaknya untuk menderma.



"Kami tidak boleh menerima derma wang tunai kerana dasar syarikat kami tidak boleh menerima wang tunai.



"Tetapi jika mereka ingin menderma lampin dan susu untuk Cik Pungut mungkin kami boleh pertimbangkan,'' ujar Encik Yeo, yang turut mengendalikan sebuah lagi pusat penjagaan Green Acres Home di Jalan Intan, Kim Teng Park, di Johor Bahru.



Beliau mempunyai sekitar 40 warga tua di rumah jagaannya.



Seorang pembimbing kaunselor keluarga, Cik Nafisah Mohd Ma'mun Suheimi, ketika diminta mengulas mengenai hubungan ibu dan anak berkata:



"Saya tidak membuat andaian bagi kes ini, tetapi secara umum, hubungan anak dan ibu ada kalanya mempunyai beban sejarah masing- masing.



"Mungkin dari kecil anak ada krisis dengan ibu bapa hingga perasaan marah atau dendam ini terbawa-bawa ke dewasa.



"Saya sarankan mereka yang terpisah lama dan ingin bertemu semula, mungkin boleh mendapatkan pihak ketiga yang profesional bagi mengatur pertemuan itu.''




"Saya sekarang bekerja di laut, anchorage. Saya perlu bekerja selama beberapa bulan di laut dan hanya beberapa hari di darat... Rindu juga dengan ibu. Kesian jugalah.''
- Encik Syahrunizal Mohamad Ali, anak Cik Pungut Jumadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >