Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Ibu tujuh anak berkeperluan khas jadi sukarelawan kongsi pengalaman

Mar 05, 2023 | 05:30 AM



MESKI perlu menjaga, mengasuh dan mendidik sembilan orang anak, suri rumah Cik Tahirah Mohamed, tidak pernah menyifatkannya sebagai satu hambatan untuk menabur bakti kepada masyarakat.



Ini lebih-lebih lagi menjadi sukarelawan kepada pertubuhan yang memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.



Kecenderungan untuk berkhidmat khususnya dalam sektor ini adalah kerana tujuh daripada sembilan anaknya merupakan anak berkeperluan khas.



Antaranya, dua daripadanya mempunyai kemurungan kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) manakala seorang lagi mempunyai gangguan kebimbangan.



Anak lelaki kembarnya pula mengalami kelewatan pembangunan global (GDD).



Suaminya, Encik Noor Irwan Rashid, 46 tahun, merupakan seorang pengurus kemudahan dan satu-satunya pencari nafkah keluarga.



Ibunya, Cik Jawahir Ishak, 69 tahun, juga tinggal bersamanya dalam flat empat bilik di Tampines.



Menurut Cik Tahirah, beliau bersedia untuk berkhidmat sebahagian besarnya untuk mengongsi pengalamannya membesarkan anak-anak berkeperluan khas.



Ini meskipun beliau sendiri berdepan dengan pelbagai cabaran.



"Tidak ramai ibu bapa yang boleh memperuntukkan masa dan ilmu untuk berkongsi kepada ibu bapa lain. Ada yang malu, ada yang sibuk. Ada juga yang tidak sanggup berdepan dengan suara-suara sinis atau kutukan daripada masyarakat jika mereka membuka pekung di dada.



"Sebagai seorang ibu yang memperjuangkan tentang keperluan anak-anak berkeperluan khas saya perlu keberanian, ilmu, pengorbanan," ujarnya.



Cik Tahiran telah beberapa kali diundang Pusat Rainbow untuk berkongsi ilmu kepada ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas di Program Campur Tangan Awal bagi Bayi dan Kanak-Kanak (Eipic) serta kumpulan sokongan ibu bapa untuk ibu bapa Melayu, Perkasa Syurga.



Beliau juga pernah diundang sebagai penceramah undangan bagi webinar anjuran Unlocking ADHD dan terlibat sebagai ketua pasukan untuk laman mikro Melayu, persatuan itu.



Di samping itu, beliau juga dilantik sebagai "Inclusion Champion" bagi Persatuan Cacat Anggota (SPD) sejak dua tahun lalu selain antara sukarelawan bagi Ibu Sepanjang Hayat.



Malah kerana telah memperjuangkan banyak isu mengenai kanak-kanak berkeperluan khas, beliau telah memperkenalkan Facebook page yang dinamakan "Understanding OCD SG - Perspektif seorang ibu."



Atas usaha gigihnya meningkatkan kesedaran ramai tentang isu berkaitan kanak-kanak berkeperluan khas, Persatuan Cacat Anggota (SPD) Singapore telah mencalonkannya bagi Anugerah Tindakan Pesakit Singapura.



Ia merupakan anugerah untuk meraikan #InvisibleHEROES yang terus menerus memberikan inspirasi kepada masyarakat dengan pengalaman hidup mereka, kualiti keberanian yang luar biasa, sikap empati, kecekalan mental dan terus bersemangat meski berdepan dengan pelbagai cabaran.



Tahun lalu, sebanyak 122 pencalonan diterima dan hanya 15 orang sahaja yang menerima anugerah termasuk beliau.



"Mak cik saya selalu mengingati saya, agar meluangkan masa untuk masyarakat.



"Mungkin sukar untuk saya menyumbang daripada segi wang ringgit dan tenaga, tetapi inilah sumbangan saya kepada masyarakat, iaitu melalui mengongsi pengalaman dan kemahiran saya dalam membesarkan anak-anak berkeperluan khas.



"Semoga perkongsian saya bermanfaat bagi ibu bapa lain yang mungkin berdepan dengan isu serupa dengan saya. Insya-Allah," katanya lagi.




SEMANGAT DAN PENGORBANAN IBU 



"Tidak ramai ibu bapa yang boleh memperuntukkan masa dan ilmu untuk berkongsi kepada ibu bapa lain. Ada yang malu, ada yang sibuk. Ada juga yang tidak sanggup berdepan dengan suara-suara sinis atau kutukan daripada masyarakat jika mereka membuka pekung di dada.

Sebagai seorang ibu yang memperjuangkan tentang keperluan anak-anak berkeperluan khas, saya perlu keberanian, ilmu, pengorbanan.''

- Cik Tahirah Mohamed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >