Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayi dalam tong sampah Bedok North: Wanita diberkas, didakwa hari ini (15 Feb)

Feb 15, 2020 | 11:00 AM



Polis, pada Sabtu (15 Feb) telah menangkap wanita warga Singapura berusia 26 tahun, yang dipercayai ibu bayi lelaki yang ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di Bedok North bulan lalu. 



Pada 7 Januari, dua pekerja pembersihan majlis bandaran di Belok 543 Bedok North Street 3 sedang mengambil sampah dari tempat pembuangan sampah itu apabila mereka mendengar tangisan dari salah satu tong.



Mereka terkejut menemui seorang bayi lelaki dalam beg plastik pasar raya Sheng Siong yang basah dan berlumuran darah.



Kata polis, ia telah menangkap wanita itu pada Khamis lalu, selepas melihat imej yang diambil oleh kamera polis dan beberapa lagi video dari kamera litar tutup (CCTV) yang diberikan oleh penduduk dan kedai-kedai di estet perumahan itu.



Penduduk, sebelum ini, telah memberitahu wartawan bahawa polis melakukan siasatan di setiap tingkat flat itu, dan mengajukan beberapa soalan. Polis juga menggesa pemilik kenderaan di tempat meletak kereta terbuka berhampiran blok itu untuk berkongsi rakaman video dari kamera dalam kereta mereka.



Wanita itu dijangka dituduh di mahkamah pada Sabtu, dengan kesalahan mendedahkan dan mengabaikan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun. Jika sabit kesalahan, wanita itu boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun, didenda atau kededuanya sekali.



Polis masih menyiasat identiti bapa anak itu.



* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >